Salam Sejahtera .Selamat menatap cerita-cerita merapu dari saya. Sila minggat jika anda rasakan blog ini tidak berfaedah untuk diri anda. Terima kasih....




Sunday, October 18, 2009
SESI perjumpaan dengan Y Bhg Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon , Naib Canselor, Universiti Malaya

SESI perjumpaan staf dengan Naib Canselor telah diadakan di Dewan Kuliah F, Fakulti  Sastera & Sains Sosial pada 14hb Oktober 2009 dihadiri lebih kurang 350 orang kakitangan.

Tujuan perjumpaan diadakan adalah bagi mendengar taklimat yang disampaikan sendiri oleh Y Bhg Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon , Naib Canselor, Universiti Malaya iaitu berkaitan soal budaya kerja, soal penerimaan kakitangan terhadap adaptasi di dalam pengurusan serta sumbangan kakitangan sokongan kepada Universiti Malaya.

Dalam merangka ke arah merealisasikan Universiti Malaya menjadi terbaik diantara kelompok 100 Universiti Terbaik Dunia sasaran 5 tahun dari sekarang, perlaksanan serta perubahan ini perlu dilakukan. Diantara langkah-langkah yang ditekankan adalah seperti:

5 Nilai-Nilai Penting Untuk Kemajuan Kakitangan

- Beretika/Takut Kepada Tuhan ( Ethical/God Fearing)

- Ikutan ( Role Model)

- Ciptaan yang bernilai (Value Creator)

- Muhasabah diri ( Self-Renewal / Reflective)

- Berkobar-kobar ( Meaningful Lifestyle)

9 Faktor Kunci Kejayaan Universiti Malaya

- Penyelidikan Terkini ( Cutting Edge Research & Research Productivity)

- Mendapat Pengiktirafan ( Impact, Citationsand Recognition)

- Jaringan Hubungan Antarabangsa ( International Networking & Partnerships)

- Pasaran Graduan berkualiti ( Market _ driven & Quality gradutes)

- Berkhidmat kepada Masyarakat dan Dunia ( Service to Community & the world)

- Sokongan Luar ( Industry and External Support)

- Ciri Keusahawanan ( Intrepreneurship & Commercialization of IPs)

- Perkhidmatan sokongan yang berkesan ( Effective Administration & Support services)

- Pelajar yang cemerlang ( Recruitment of 'Bright Sparks')

Kejayaan yang ingin dicapai didalam dunia yang penuh perlumbaan ini mestilah ada kerjasama erat diantara Kakitangan Akademik dan Kakitangan Sokongan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

http://juruteknologis-makmal.um.edu.my


Sumber : Salin & Tampal dari UMMAIL

Posted at 09:26 pm by gravesdigger
 

Thursday, October 01, 2009
PERTUNJUKAN UDARA TUDM (SUKHOI SU30MKM) DAN US AIR FORCE (THUNDERBIRDS-F16).

Warga UM yang dihormati,

PERTUNJUKAN UDARA TUDM (SUKHOI SU30MKM) DAN US AIR FORCE (THUNDERBIRDS-F16).

Sukacita dimaklumkan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia dan pasukan aerobatik melibatkan pesawat tempur TUDM iaitu Sukhoi(Su-30MKM). Pertunjukan udara tersebut diadakan bagi tujuan mempamerkan kamampuan juruterbang dari kedua-dua buah negara  disamping mempromosikan Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA 09) yang akan diadakan pada bulan Disember ini.


Sehubungan dengan itu pihak TUDM berbesar hati menjemput masyarakat awam terutamanya penuntut Institusi Pengajian Tinggi serta pelajar sekolah yang berminat untuk menyaksikan pertunjukan udara tersebut dengan lebih dekat. Butir-butir lanjut acara adalah seperti berikut:



  * TARIKH: 3 Oktober 2009 (Sabtu)
  * MASA: 9.00 pagi  2.00 petang
  * TEMPAT: Pangkalan Tentera Udara Subang 40000 Shah Alam

Memandangkan acara ini akan turut mengambil tempat di kawasan terbuka, para pengunjung adalah dinasihatkan membawa payung atau topi sebagai perlindungan

Untuk sebarang maklumat lanjut hubungi Pegawai Perhubungan TUDM seperti berikut:

  * Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM  012-3022562
  * Kapt Ali bin Mohamad TUDM  013-4834063
  * Lt Ezrie Hanif bin Yusof TUDM- 017-2540600.

  Terima Kasih.

  Mohd Ridhwan Mohd Ezad
************************************************
International & Corporate Relations Office (ICR)
Level 1, Chancellery Building
University of Malaya
50603 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: 603-7967 3273 / 3423 / 3575 / 3334
Fax: 603-7956 0027
E-mail: icr@um.edu.my
Website: www.um.edu.my

Posted at 08:04 pm by gravesdigger
 

Friday, September 25, 2009
Karaoke " Ready For Love" by Bad Company

LIRIK KARAOKE di bawah ini sengaja saya letakkan untuk pengetahuan Profesor Dr Mhd Radzi Abas.Ehem ,ehem  Prof- Kali ini siapa  boleh pukul Penggali Kubur ? Rock habisssss...Tok Bomoh ke , Dangdut Daun Pisang ke musti dibelasah oleh Penggali Kucur, hehehe...Itu hari saya nyanyi lagu "O Fatimah " taraf cap ayam saja !!!!!!!!!!Itu fasal kantoi...
                         

                                         

Prof. Dr. Mhd. Radzi is an active researcher especially in the field of Environmental and Analytical Chemistry. His current research interests focused on the analyses and chemistry of heavy molecular weight organic compounds in the atmosphere as well as Flow Injection Analysis.

As an analytical chemist, Prof. Dr. Mhd. Radzi is a well-known figure amongst the Malaysian analytical chemist fraternity. This is attested to by his appointment as the President of the Malaysian Analytical Sciences Society for four successive terms (2001, 2002, 2003 and 2004). As an administrator, Prof Dr Mhd Radzi was appointed as the Deputy Head of the University of Malaya’s Research Management Unit from February 1998 to September 1999 and as the Head of the unit from October 1999 to October 2000. He was the Head of Chemistry Department from November 2002 to August 2006. He is currently the Deputy Dean in charge of Infrastructure Development.

Prof. Dr. Mhd. Radzi has co-authored 2 books, 1 chapter of a book and 1 translation. He has published nearly 100 papers in both local and international journals and proceedings. He has also participated actively in both international and local conferences. He has so far supervised and co-supervised 3 Ph.D. and 12 M.Sc. students and many undergraduate projects in both analytical and environmental field of research

.......................................................//................................................//.........................



Walkin' down this rocky road
Wonderin' where my life is leading
Rollin' on to the bitter end
Finding out along the way
What it takes to keep love living
You should know how it feels my friend
Ooh, I want you to stay
Ooh, I want you today
I'm ready for love
Oh baby I'm ready for love
Ready for love
Oh baby, I'm ready for love
Yeah, oooh
For your love
Now I'm on my feet again
Better things are bound to happen
All my dues surely must be paid
Many miles and many tears
Times were hard
But now they're changing
You should know that I'm not afraid
Ooh, I want you to stay
Ooh, I want you today
I'm ready for love
Oh baby, I'm ready for love
Ready for love
Oh baby, I'm ready for love
Woh oh, I'm ready for love
Hey
I'm ready for your love
Ooh, I want you to stay
Ooh, I want you today
I'm ready for love
Oh baby, I'm ready for love
Ready for love
Oh baby, I'm ready for your love
Aaaah, oooh oh
Woh oooooh
Ooh ooh ooh, woh oh

Posted at 07:10 pm by gravesdigger
 

Friday, January 23, 2009
Tahu persamaan / perbezaan bunga mawar ( ros ) dan bunga orkid ( anggerik )...ehem !

 

 

Gambar hiasan :

gambar di atas nampak serupa tapi sebenarnya berbeza !Nedstat Basic - Free web site statistics

 


Persamaan dan perbezaan

 

MAT Rempit bin Mat Gian , Mat Serenti bin Mat Gian , Mat Lentok bin Mat Gian mempunyai unsur-unsur persamaan kerana mereka adalah anak lelaki kepada Mat Gian. Mungkin juga perangai , paras rupa mereka juga mungkin banyak persamaan. Kalau ujian DNA dibuat terhadap ketiga-tiga anak Mat Gian tersebut , pastilah ada persamaan dan memang sahlah ketiga-tiga mereka anak lelaki kepada Mat Gian dan pasangannya Minah GRO.

Kalau salah seorang anak Mat Gian tersebut terlibat dalam kes pecah rumah dan ada kesan cap jari, maka cap jari mereka tidak serupa, malahan berbeza. Mungkin setelah dibandingkan , maka diketahuilah salah seorang anak Mat Gian dan pasangannya Minah GRO yang bernama Mat Serenti adalah seorang suspek kes pecah rumah, sementara Mat Rempit dan Mat Lentok tidak boleh disabitkan sama sekali berdasarkan bukti cap jari.

Dalam dunia ini memang banyak perbezaan, misalnya fulus. Wang Malaya lebih nilainya dari duit Indonesia. Jika seorang warga Indonesia berjaya mengumpul sebanyak RM 100,000 dan kembali ke negaranya bermakna beliau sudah jadi orang kaya baru. Tapi jika seorang warga Malaya yang bekerja di Indonesia membawa pulang seratus ribu rupiah , maka beliau hanya menjadi bahan ketawa ala-ala Pak Pandir.

Persamaan dan perbezaan adalah rahmat. Ada berjuta-juta perbezaan dan persamaan di dunia ini.

Penggali Kubur – tahu persamaan / perbezaan bunga mawar ( ros ) dan bunga orkid ( anggerik ).

 

Posted at 01:56 am by gravesdigger
 

Wednesday, January 21, 2009
"Pink-Kolor"

 

KETIKA ini PK sedang menyanyikan lagu Que Sera Sera, what will be will be. Pada waktu yang sama sedang memantapkan lagu karaoke berikut untuk diperdengarkan kepada Labu , Labi , Haji Bakhil dan yang sewaktu dengannya mungkin dalam satu majlis Hi-Tea ala-ala felem Hindustan , Bila nak nyanyi ye ?I don't know , I'm not involved , hehehe

 

Semua hadirin kena pakai pakaian " Pink –Kolor " maaa…Kalau rasa tak boleh bawa eloklah wakilkan kepada Faizal Tahir. Boleh kut Faizal ? Kalau tak boleh saya cakap dengan Dr Tahir buat favour untuk saya. Eleh…hang nak nyanyi tu pun depan orang Ganu kite juga…!

  


Selamat tinggal bunga ku
Aku bermohon pergi dahulu
Terima kasih seruan ku
Jasa mu untuk diri ku


Ke timur atau ke utara
Tak tentu dimana nak tujukan
Setitik airmata
Dititiskan dibuang jangan

Sekiranya aku masih
Berada nun jauh di balik awan
Salam yang bahagia
Khabar yang gembira ku kirimkan

Inikah akhir bertemu
Bila nian kan berjumpa lagi
Ingatlah pesanan ku
Jaga baik diri mu sendiri



Duhai jelita hati ku
Janganlah kau bersedih
Maafkanlah
Maafkanlah

(2)
Usah kau sedih dan pilu
Lupakan yang telah berlalu
Maafkanlah
Maafkanlah

Korus:
Dengar oh kasih ku
Pesanan akhir dari ku
Bena saja hidup baru
Bersama pilihan mu


Kehadiranmu disisiku
Memberikan harapan
Dikaulah sinar
Dikaulah bintang hati

Kelembutan hatimu kasih
Mendamaikan jiwaku
Aku bahagia
Dengan cintamu mesra


T

Que Sera Sera selepas lagu ini disampaikan kelak dengan segala hormatnya PK ingin pergi kepada lagu nasyid pula hehe...

                   http://gravesdigger.blogdrive.com

Posted at 05:15 pm by gravesdigger
 

Monday, January 19, 2009
Jabir Ibn Haiyan ( Geber )

I know through my hands… ( to experiment )

Then my brain…( to rationalize )

I investigate until correct…( to repeat )

And I search for its mistake…( to analyze error )

 

Aku  ketahui dengan tanganku

Kemudian dengan akalku

Aku selidiki sampai betul

Dan aku cari kesilapannya

 

Jabir Ibn Haiyan ( Geber )

 (721 – 803 AD )

Posted at 12:13 am by gravesdigger
 

Friday, January 16, 2009
Kisah Janda dan Bini

MALAM tadi PK terlepak di sebuah tempat makan  yang ramai pengunjung bersebelahan tempat orang berkaraoke. Maksud lepak di  sini ialah PK memang tak gemar ke warung / kedai kopi / kantin dan tempat-tempat  yang sewaktu dengannya. kerana terpaksa mendengar pelbagai cerita-cerita politik / gossip yang tak mendatangkan faedah.

Di meja sebelah terlihat dan terdengar hentakan meja dan kata-kata brutal dari dua orang yang nampak educated. Seorang Magicstreet dan seorang Doktor.

 -         18 tahun yang lalu dia itu janda aku, aku tahu luar dalam , atas bawah beliau, ujar Labu@Doktor Ayam.

-         Sekarang janda kau itu bini aku, kau ingat boleh goda dia dengan ayat-ayat pengasih kau tu ? Balas Labi @Magicstreet yang ada ijazah pertama dan lanjutan  L.E.M.B.U.

-         Eleh , jandaku dan sekarang yang jadi bini kau itu sekali aku kejit mata , tayang Merc mata bulat E 240, bila-bila masa saja mata dia jadi juling dan datang dalam pelukanku balik dan minta cerai dengan kau talak 44 – tengking Labu@Doktor Ayam.

-         Ooi  Doktor Ayam ! Panggillah Bomoh DiRaja sekalipun nak goda bini aku….ya ampuuuunn sampai tsunami sekali lagi pun kau tak dapat. Dia setia dengan aku. Dia kagum dengan kebolehan aku dalam bidang berjanji , ketua merabban , ramai anak murid mengaji Quran dengan lagu taranum dan boleh bawa dia ke syurga dunia dan syurga sebenar. Kau Doktor Ayam paling-paling hanya pandai berkaraoke lagu ayam berak kapor . kata Labi @ Magicstreet L.E.M.B.U.

 

Entah tiba-tiba lagu-lagu yang dinyanyikan oleh" Minah pusat terkeluar " dari pusat karaoke di sebelah meninggi volumenya dengan senikata 'terbiar sepi , mentariku " entah lagu Agnes Monica kut.

Malas nak duduk lama-lama dalam suasana hiruk pikuk begitu. Lepas bayar teh tarik rendek dan roti canai jantan, PK pun belah balik. Sampai rumah tenguk 5 janda Melayu opps silap gadis Melayu di TV9.Siapa pandai ayat-ayat boleh ambil 4 sekaligus dan tinggal satu untuk PK. ( chittt manyak gatal punya olang !!)

Dalam pukul 12  malam dapat sms dari Manisah anak Haji Bakhil bin Haji Kedekut, isinya ialah, bapa beliau ( Haji Bakhil ) telah menyatakan kepada Labu dan Labi supaya menunggu sampai hari Ahad / Isnin nanti sama ada bini Labi tetap setia atau Labu yang gila talak memperolehi semula jandanya yang telah 18 tahun menjadi isteri Labi@ Magicstreet L.E.M.B.U.

PK pun balas sms Manisah anak perempuan Haji Bakhil tersebut. " K.TQ Manisah yang manis , PK selalu rindu suara manjamu , taik lalatmu yang menggoda , bla bla bla "….dengan semua ayat-ayat nak mengurat dan menceriakan  Manisah yang dah lama menjadi janda / balu , hehehe… GATAl !!!!!!!!!!

Eh,eh ,siapa ada kamus ? Janda dengan balu ada perbezaan ke ???Kalau tak ada dalam kamus sila e-mel dekat Husin saudagar unta  atau telefon beliau…007-01769007.

Posted at 01:03 am by gravesdigger
 

Tuesday, January 13, 2009
Logo sahabat

SEKARANG PK dah tak pandai hendak menulis panjang-panjang lagi. Sedikit coretan dan disertai dengan logo seperti di bawah sebagai menghargai seorang yang baik , peramah dan PK anggap sahabat. Maaf lambat respons sebab baru hari ini ada kesempatan jenguk blog .Terima kasih Erisya.

Sila ke          http://erisya-celahkehidupan.blogspot.com

Posted at 02:14 am by gravesdigger
 

Wednesday, January 07, 2009
Apa itu kawan?

Penggali Kubur terima sepucuk e-mel dari seorang kenalan. E-mel beliau adalah seperti di bawah ini.

Apa itu kawan?

1)         kawan itu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar,dah dapat sepak..

2)         kawan itu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok, lepas gitu-gitu pijak.

3)         kawan itu bukan macam main  RAGBI. Mula-mula tangkap, dah dapat tendang.

4)         kawan itu bukan macam  PAMPERS. Dah pakai, buang.

5)         kawan itu bukan macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah pokai  gadai.

6)         kawan itu bukan macam PELANGI. Hari cerah tiada kat awan,hujan gerimis baru muncul.

7)         kawan itu bukan macam KERETA. Rosak sikit,jual. Tukar  kereta baru..

8)         kawan itu bukan macam  CHIPSMORE. Sekejap ada sekejap tak ada.

9)         kawan itu bukan macam mesin ATM. Bila dah tiada fulus, pergi kat sana cucuk.

Brengsek betul! E-mel ini macam perli PK. Tak mengapa. PK sentiasa anggap kawan adalah kawan tapi kadang-kadang sebab status kawan sudah berubah misalnya dari Anak Dara Orang dan sekarang dah jadi mak janda  Mak Orang  takkan nak berkawan lagi kut. Nanti kena lesing dengan Haji Bakhil baru tau rabu dengan khamis , hehehe…

Eh ,eh , ingat Labu dan Labu lekeh sangat ke ? Labu Labi walaupun cuma lulusan darjah 6 , sekolah atap rumbia pun tau mana Perak dan kat mana Selangor. Pendek kata mereka tau batas dan sempadan laa.

Labu Labi walaupun cuma produk sekolah cap ayam masih dapat membezakan di antara anak Haji Bakhil , isteri-isteri Haji Bakhil dan janda-janda Haji Bakhil , he…he…he…Kalau anak dara Haji Bakhil bolehlah “wink”. Kalau janda Haji Bakhil bolehlah nak cuba nasib. Kalau bini Haji Bakhil ,hehehe” jangan cari fasal nak berkawan- yaaaa ampuunnnnnn”.

Posted at 02:57 am by gravesdigger
 

Friday, December 19, 2008
Dahulu ATMA , sekarang UPNM.

 Bicara Canseleri: Kapasiti universiti

NAIB Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Zulkifli Zainal Abidin mengemukakan pandangan mengenai pembangunan kapasiti universiti kepada wartawan pendidikan, Rosniza Mohd Taha

SISTEM pengajian tinggi negara perlu menyediakan akses yang luas kepada pelajar yang layak mengikuti pengajian di universiti bagi menyempurnakan misi penjanaan modal insan minda kelas pertama.

Selain 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA), kewujudan 32 universiti swasta dan kolej universiti, empat cawangan kampus universiti antarabangsa, 21 politeknik, 37 kolej komuniti awam dan 485 kolej swasta pada masa ini berperanan memastikan pelajar berkelayakan tidak dinafikan peluang mereka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Pembangunan keupayaan fizikal saja tidak memadai bagi memastikan akses pengajian tinggi, sebaliknya IPT juga perlu memastikan sejauh mana kapasiti program ditawarkan dapat memenuhi keperluan tenaga kerja semasa serta bidang baru yang berpotensi dibangunkan untuk pertumbuhan ekonomi negara.

Aspek pembiayaan pengajian juga faktor penting perlu dititikberatkan bagi memudahkan akses kepada pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pendidikan peringkat tinggi.

UPNM yang sebelum ini dikenali sebagai Akademi Tentera Malaysia (Atma) ditubuhkan melalui pewartaan status Universiti pada 10 November 2006, sekali gus menjadikan ia IPTA termuda di negara ini.

Berbekal pengalaman 11 tahun mengendalikan program Sarjana menerusi kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia, UPNM yang baru menjangkau umur dua tahun kini berada dalam kelasnya tersendiri menerusi pembangunan kapasiti dan akses dengan mengambil kira ketiga-tiga aspek berkenaan iaitu pembangunan fizikal, perluasan skop pengajian dan pembiayaan pengajian.

Bagi mencapai kapasiti penuh 5,000 pelajar berbanding lebih 2,000 ketika ini, usaha menambah baik dan melengkapi kampus dengan kemudahan bertaraf universiti sedang rancak dijalankan termasuk dengan memohon peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10 bagi membina penginapan pelajar, pusat kecemerlangan, makmal serta peralatan moden tentera.

Sebagai salah satu daripada 12 IPTA dikategorikan sebagai universiti berfokus, UPNM menumpukan kepada penawaran program yang dapat melahirkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara menerusi tiga fakulti iaitu Kejuruteraan, Sains dan Teknologi pertahanan serta Pengajian dan Pengurusan Pertahanan selain Pusat Asasi Pertahanan.

Mulai 2010 iaitu apabila UPNM tidak lagi mewarisi pelajar Atma dan mula menerima pelajar sendiri, universiti bercadang menubuhkan dua fakulti baru iaitu Perubatan Ketenteraan dan Penerbangan Sains Angkasa.

Namun, cadangan ini baru diperakui di peringkat Lembaga Pengarah Universiti dan akan dikemukakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi selewat-lewatnya akhir bulan ini untuk kelulusan.

Rasional cadangan UPNM menubuhkan dua fakulti baru ini adalah memastikan keunikan dan skop program pengajian yang luas ditawarkan serta lebih menjimatkan jika universiti menawarkannya berbanding amalan sekarang menghantar pelajar ke luar negara termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom bagi kedua-dua program itu yang tidak ditawarkan di IPT lain dalam negara.

Dari segi pembiayaan pelajar pula, 80 peratus penuntut kami adalah pelajar tentera yang juga pemegang biasiswa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan wajib berkhidmat dalam pasukan pertahanan negara sebagai pegawai berpangkat kapten, leftenan atau setarafnya sekurang-kurangnya 10 tahun selepas tamat pengajian.

Manakala, 20 peratus lagi pelajar awam yang dibenarkan memohon biasiswa atau pinjaman daripada agensi termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Jabatan Perkhidmatan Awam, Tabung Amanah Pendidikan Negeri, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Majlis Agama Negeri, Kementerian Belia dan Sukan dan Yayasan Tenaga Nasional.

Walaupun pengajian akademik sama, latihan ketenteraan dijalani mereka berbeza kerana pelajar awam hanya perlu menjalani latihan Palapes seperti diadakan di IPTA lain.

Oleh kerana skop pengajian kami luas, pelajar awam yang tidak diwajibkan berkhidmat dengan ATM boleh berkhidmat di jabatan kerajaan atau industri berdasarkan kepakaran dalam bidang seperti teknologi pertahanan, keselamatan serta ekonomi dan diplomasi atau berkhidmat dengan pasukan simpanan ATM jika mereka berminat.

Yang penting latihan ketenteraan dijalani antara faktor menjadikan graduan UPNM unik dan berciri modal insan kelas pertama kerana kepimpinan dan disiplin tinggi serta berketerampilan.

Justeru, tidak hairan permohonan kemasukan ke UPNM sentiasa jauh melebihi tempat ditawarkan sebagaimana 25,000 permohonan diterima berbanding hanya 500 tempat disediakan pada tahun ini.

Sumber: Berita Harian online 16 / 12 / 2008

 

Posted at 01:55 am by gravesdigger
 

Next Page
   


Setitik air.............




dalam lautan.................



Himpunan Tulisan Merapu , Jabatan Alam Maya & pelbagai bahan dan artikel yang beliau sukai.


Pautan Rencana saya dlm. Utusan M'sia

(1) TABUNG HAJI

(2) PIN

(3) MUHASABAH PEKERJA

(4) MAKLUM BALAS

(5) KETELUSAN

(6) PEMIMPIN

(8) WAKIL RAKYAT

(9) SAMSENG

(10) BELUT & ULAR



Pautan laman kimia ***
SPM ( kimia )>

Pautan laman sains*** Laman Sains SPM

Pautan gambar *** Imej ( PENGGALI KUBUR)>

*** Cerita( HANTU KUBUR)>

 
          http://gravesdigger. blogdrive.com

        ">   Midi Indonesia

  
          Berita Harian

  







KERJA KOSONG



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed