Salam Sejahtera .Selamat menatap cerita-cerita merapu dari saya. Sila minggat jika anda rasakan blog ini tidak berfaedah untuk diri anda. Terima kasih....




Friday, July 22, 2005
Apa itu pemantauan ???

PEMANTAUAN

Oleh Penggali Kubur

 

HARI - HARI kita lihat perkataan ini. Setiap hari kita dengar perkataan ini diulang-ulang. Menteri Alam Sekitar selalu sebut. Menteri Hal Ehwal Pengguna juga selalu cakap. Perdana Menteri juga akan menggunakan perkataan ini hampir setiap kali dalam ucapan atau komen beliau terhadap sesuatu isu .

 

Apa maksud pemantauan ini ? Sebenarnya pemantauan adalah dari kata asas pantau. Mengikut Tesaurus & Kamus ( Eja Tepat ’97 ) makna pantau adalah seperti berikut : melihat , memandang , menenguk , menjenguk dan menjengah.

 

Apabila Perdana Menteri mengatakan sesuatu projek kerajaan itu mesti dipantau selalu , maka maksudnya ialah projek itu mesti dijengah , dilihat , dijengah dan dipandang selalu.


  Serius ! Agaknya Najib sedang tanya Pak Lah : Siapa PM mahu saya pantau ? Dari kementerian mana ? hehehe

________________________________

 

Apa perlunya sesuatu projek itu dijengah selalu ? Apakah akibatnya jika sesuatu projek itu jarang dipantau atau tidak dipantau langsung ?

 

Pemantauan adalah  salah tugas ketua untuk meneliti , menilai dan mengukur pelaksanaan maupun hasil daripada sesuatu pekerjaan – untuk dapat diketahui apakah sesuai dengan kehendak sesuatu projek , menetapi spesifikasi yang dipersetujui dan memuaskan hati pembiaya projek tersebut atau tidak.

 

Apa yang biasanya diperolehi dari sesuatu pemantauan ? Biasanya inilah antara dapatan yang diperolehi dari sesuatu pemantauan :

  1. Kesalahan-kesalahan dalam pelaksanaan pekerjaan.
  2. Kelemahan – kelemahan sumber manusia dan prosedur kerjanya
  3. Kegagalan atau kejayaan yang telah dicapai

 

Oleh itu pemantauan adalah elemen yang sangat penting untuk:

  1. Memastikan projek terus berjalan
  2. Menilai , melihat sejauh mana pekerjaan itu dilakukan mengikut piawaian yang diinginkan.
  3. Dapat dengan cepat memperbaiki sebarang kesalahan , kelemahan dan memperbaiki keadaan.

 

 

Teknik Pemantauan

 

Ada dua cara atau teknik untuk melakukan pemantauan.

1.      Pantau secara langsung. Pantau jenis ini ialah seorang ketua ( ketua dalam maksud ini mungkin ketua jabatan sendiri , ketua seksyen , penyelia dan sebagainya ) langsung datang kepada stafnya dan memeriksa aktiviti yang dijalankan. Pemantauan secara ini dikenali juga sebagai pemerhatian secara langsung dan pantauan jenis ini juga terbahagi kepada 2 cara.

a.      Dengan cara senyap tanpa diketahui oleh pekerja atau menyamar seperti yang pernah dilakukan oleh Bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ) satu masa dulu iaitu Dato’ Hassan Ibrahim.

b.      Dengan cara hebahan. Kedatangan ketua atau pihak yang akan memeriksa akan dimaklumkan lebih awal kepada pihak pekerja.

 

Pemantauan secara langsung ini ada baik dan buruknya.

 

Kebaikannya:

 

a.      Sebarang masalah dapat disaksikan sendiri oleh ketua

b.      Sebarang keputusan dapat dibuat dengan kadar segera

c.      Ketua tahu apa yang dilakukan oleh orang bawahannya dan pekerja pula merasa diperhatikan dan diawasi setiap masa.

 

Keburukannya:

 

a.      Kemampuan ketua untuk melakukan pemantauan terbatas

b.      Tugas utama seorang ketua boleh terganggu sebab melakukan pemantauan memerlukan banyak masa dan tenaga

 

2.      Pantau secara tidak langsung. Pantau jenis ini ialah dengan menggunakan laporan , sama ada laporan bertulis atau lisan. Pantau jenis ini banyak juga kelemahannya iaitu orang bawah selalu hanya melaporkan “ baik adanya & keadaan baik dan terkawal ”. Untuk mengelakkan laporan seperti disebutkan di atas , eloklah sekali sekala bos sendiri turun padang dan buat pemeriksaan tergempar atau lebih dikenali dengan “ buat spot-check “.

 

Jenis-jenis pemantauan

Terdapat pelbagai jenis pemantauan dan diantaranya ialah :

 

1.Pemantauan dalaman yang biasanya dilakukan oleh ketua jabatan sendiri terhadap stafnya.

 

2.Pemantauan luaran iaitu pihak luar seperti yang dilakukan dalam prosedur ISO 9001-2000.

 

3.Pemantuan rasmi iaitu misalnya pihak bomba memeriksa peralatan pemadam api

 

4.Pemantauan tidak rasmi misalnya aduan pengguna dalam surat pembaca , forum, rencana diakhbar, majalah , wawancara di TV dan sebagainya.

 

5..Pemantauan terhadap soal-soal kewangan dan bajet

 

6.Pemantauan terhadap produktiviti sama ada menepati piawaian terhadap kualiti dan kuantitinya

 

7.Pemantauan terhadap waktu sama ada tepat atau tidak .

 

8.Pemantauan terhadap sumber manusia sama ada rajin , cekap dedikasi dan sebagainya.

 

9.Pemantauan juga perlu untuk tujuan pencegahan dan represif iaitu pemantauan setelah terjadi sesuatu yang tidak diingini supaya perkara yang sama tidak berulang.

 

Pada hemat saya , perkataan pantau telah begitu popular ketika ini. Semua orang tahu makna dan apa perlunya pantau ini. Secara mudah , penulis teringat tentang sekumpulan pekerja Jabatan Parit dan Taliair ( mungkin sekarang dikenali dengan nama Jabatan Parit dan Saliran ) yang kerja mereka menebas lalang di sepanjang taliair. Sekumpulan pekerja ini akan diawasi oleh seorang mandur dan mandur ini akan menetapkan setiap orang akan menebas lalang dalam lot yang diperuntukan kepada pekerja tersebut. Apabila selesai mandur itu akan memeriksa dan jika segalanya beres , beliau akan menghantar laporannya kepada kerani JPT.

 

Oleh itu pemantauan boleh dilakukan oleh sesiapa saja yang diberi kuasa atau diturunkan kuasa kepadanya. Mungkin carta alirannya seperti berikut – Ketua projek ( Jurutera dan yang setaraf dengannya ) menurunkan kuasanya kepada Pembantu Teknik dan Pembantu Teknik menurunkan kuasanya untuk memantau sesuatu projek kepada Juruteknik. Seandainya sesuatu projek itu berjaya , maka proses pemantau itu dianggap berjaya , tetapi jika sesuatu projek itu terbengkalai atau gagal , maka pihak mana yang akan dijadikan mangsa ? Sama-sama kita fikirkan…

 

Dalam bidang perubatan misalnya , seorang doktor perubatan adalah orang yang bertauliah dan berkelayakan untuk merawat pesakit. Dia tidak boleh sewenang-wenangnya menurunkan kuasanya kepada mana-mana pihak untuk merawat pesakit atau memantaunya. Sama-sama kita fikirkan ! Kadang kala pemantauan seperti yang dilakukan oleh buruh JPT itu nampak mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa juga pun tapi dalam bidang-bidang yang rumit dan profesional , pemantauan hanya boleh dilakukan oleh pihak yang berwibawa sahaja. Misalnya dalam projek yang menelan belanja jutaan ringgit , apakah wajar kerja-kerja kontraktor hanya dipantau oleh juruteknik ? Kelayakan seorang juruteknik dengan seorang ketua projek@ketua Jurutera umpama langit dan bumi. Maka sama-samalah kita fikirkan realiti yang kita tatapi setiap hari tentang pelbagai projek terbengkalai…dimana silapnya ?

 

Tulisan ini pasti melalui proses pemantauan oleh pembaca atau pihak tertentu yang mengkaji sama ada isi atau apa yang disiarkan itu menyentuh sensitiviti pelbagai pihak.  Adakah rencana ini sesuai patut diambil tindakan. Adakah perkara-perkara yang sensitif. Apakah implikasinya dan sebagainya. Kesimpulannya apa jua yang kita lakukan semestinya akan ada pemantauan dan jangan lupa pemantau di kiri dan kanan kita yang tidak pernah lupa mencatitkan apa juga yang kita lakukan yang sentiasa patut kepada tugas yang diamanahkan kepadanya oleh Allah Taala.

 

Sekian , “ Majulah Sukan Hoki Untuk Negara “ .

 

Posted at 11:35 pm by gravesdigger

north face coat sale
November 27, 2012   12:18 AM PST
 
This post is awesome,ecpecting the newest!!!LIKE IT LIKE IT LIKE IT!!!,424589,http://gravesdigger.blogdrive.com/archive/346.html
cheap ugg boots
November 23, 2012   03:47 AM PST
 
I want all the stuff about Season 3 and I want no more loan comments! Now-se!,439025,http://gravesdigger.blogdrive.com/archive/346.html
discount ugg boots
November 6, 2012   09:59 AM PST
 
This article tell the reality of very important organization and clearly gives the reasons that what they are doing. Very information article and actions should be taken against such organizations,280581,http://gravesdigger.blogdrive.com/archive/346.html
michael kors 2012
September 15, 2012   01:38 PM PDT
 
Thank you. I just found this blog and what a great resource! It is a good blog and their posts are effective. This is very nice post! I will bookmark this blog.,712208,http://gravesdigger.blogdrive.com/archive/346.html
Michael Kors Shoulder
September 14, 2012   11:07 AM PDT
 
Good stuff as per usual, thanks. I do hope this kind of thing gets more exposure.,401104,http://gravesdigger.blogdrive.com/archive/346.html
Moncler 2012
September 12, 2012   09:50 AM PDT
 
He is a good friend that speaks well of us behind our backs.,966014,http://gravesdigger.blogdrive.com/archive/346.html
Amin
September 22, 2010   05:47 PM PDT
 
Tulisan yang bagus dan informatif
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry












Setitik air.............













dalam lautan.................

















Himpunan Tulisan Merapu , Jabatan Alam Maya & pelbagai bahan dan artikel yang beliau sukai.

















Pautan Rencana saya
dlm. Utusan M'sia





(1) TABUNG HAJI






(2) PIN





(3) MUHASABAH PEKERJA





(4) MAKLUM BALAS





(5) KETELUSAN





(6) PEMIMPIN





(8) WAKIL RAKYAT





(9) SAMSENG





(10) BELUT & ULAR











Pautan laman kimia

***
SPM ( kimia )>





Pautan laman sains***
Laman Sains SPM





Pautan gambar

***
Imej ( PENGGALI KUBUR)>





***
Cerita( HANTU KUBUR)>







menu=false quality=high scale=noborder salign=LT wmode=transparent
bgcolor=#000000 WIDTH=124 HEIGHT=0 TYPE="application/x-shockwave-flash"
PLUGINSPAGE="http://www.macromedia.com/shockwave/download/index.cgi?P1_Prod_Version=ShockwaveFlash">




 




          http://gravesdigger.
blogdrive.com






        ">   Midi Indonesia


  



          Berita Harian


  













border=0 width=41 alt="">
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed