Wednesday, October 12, 2005
PANJANG 
Panjang bermaksud jarak di antara dua titik. Selain daripada meter, unit lain yang digunakan untuk mengukur panjang ialah:
Millimeter ( mm ) Sentimeter (cm ) Kilometer ( km )
Peralatan yang biasa digunakan untuk mengukur panjang ialah:
Pembaris 10 cm Pembaris 1 meter Pita ukur
PADA zaman dahulu , panjang sesuatu diukur berdasarkan bahagian-bahagian badan seseorang seperti :
Tangan Lengan Jari Tapak kaki

Orang Mesir purba mengukur panjang menggunakan unit yang disebut hasta. Hasta ialah jarak diantara siku seseorang dan hujung jari tengah yang diluruskan.
Ela pula merupakan unit ukuran yang dicipta oleh para pedagang untuk mengukur kain yang hendak dijual. Satu ela bersamaan dengan panjang kain yang diregang di antara dagu dan hujung jari.Di England , pada kurun ke 12 , satu ela ditetapkan sebagai jarak di antara hujung hidung Raja Henry 1 dan hujung jari tengahnya.
Selain daripada ela, unit jengkal dan depa juga digunakan untuk pengukuran. Satu jengkal ialah panjang di antara hujung ibu jari ke hujung jari telunjuk. Satu depa ialah panjang dari hujung jari tangan kanan hingga hujung jari tangan kiri yang dibuka.
Selain anggota tangan , anggota kaki juga digunakan untuk mengukur panjang. Satu tapak ialah panjang tapak kaki seseorang.Masalah yang timbul dalam penggunaan sistem ini ialah ukuran yang berbeza-beza bergantung kepada saiz badan seseorang.Saiz tapak tangan , lengan dan tangan seseorang dengan seseorang yang lain adalah tidak sama. Begitu juga dengan saiz kaki.
Oleh itu satu sistem yang piawai dan boleh difahami dan digunapakai dimana saja di dunia ini telah dicipta iaitu untuk mengukur panjang alat yang digunakan adalah pembaris atau tali pita dan unitnya pula adalah sama ada mili , senti atau kilometer.
Majulah sains & teknologi untuk negara .
|
Posted at 08:52 pm by gravesdigger