Salam Sejahtera .Selamat menatap cerita-cerita merapu dari saya. Sila minggat jika anda rasakan blog ini tidak berfaedah untuk diri anda. Terima kasih....




Friday, December 12, 2008
Cinta bagai belon ,tiba-tiba meletup...

CINTA kepada berlainan jantina atau sesama jantina adalah sesuatu yang unik, gila-gila, lucu, tragik dan jijik, juga tak masuk akal kadang kadang dan  juga pengidapnya boleh jadi juling otak ,mata , tidak waras tindakan , tingkah laku yang pelik dan aneh dan pelbagai lagi yang tiada kata untuk diungkapkan.

 

 

CINTA

 

Cinta bagai belon

getah lembik tiada apa apa

 

Cinta bagai belon

kasi angin ditiup-tiup

membesar dan segar

dihias cantik dan melayang-layang

 

Cinta bagai belon

tiba-tiba meletup

hancur dan berkecai

 

Cinta bagai belon

sampai waktunya

bocor dan uzur

kempis sendiri !!!!

 

Oleh Penggali Kubur

Posted at 01:21 am by gravesdigger
 

Wednesday, December 10, 2008
Pohon tidak lagi mendesir -Que Sera, Sera,

SEBUAH sajak dari A.Latiff Mohidin yang saya minati ( inilah contoh sajak bertaraf tinggi ) dan sebuah lagu yang selalu saya nyanyikan tapi tidak pernah saya peduli siapa pencipta , penyanyi dan penulis lirik lagu ini...


 

Pohon tidak lagi mendesir
Ranting-ranting telah patah
Angin merendah dan menabur
Serpihan kepak burung
Dan sungai ini -
Kami biarkan ia mengalir
Bagai nanah mengalir

Telah kau saksikan
Betapa angkuhnya kami berdiri
Menengadah di tanah lapang
Menyedut kerelaan langit
Sambil mencacak besi
Ke dada bumi berkali-kali

Lagu kami bukan lagi
Pohonan sayap burung atau
Anak sungai yang mendesir
Telinga kami telah padat
Oleh keheningan angkasa

Di puncak rangka logam ini
Kami terasa terpencil dan dingin
Wahai sang waktu singgahlah
Bawalah kami kembali pada
Kehangatan dan bau rumput di bumi


Bawalah Kami Kembali Ke Bumi

 - karya : A. Latiff Mohidin


When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

When I was young, I fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will we have rainbows, day after day
Here's what my sweetheart said.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

Now I have children of my own
They ask their mother, what will I be
Will I be handsome, will I be rich
I tell them tenderly.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.



 

Posted at 05:35 pm by gravesdigger
 

Monday, December 08, 2008
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

 

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia menawarkan program sepenuh masa kepada calon-calon yang berkelayakan dari lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi/Asasi bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda. Manakala calon lepasan SPM/Setaraf ditawarkan ke program Asasi.

 

Permohonan kemasukan ke IPTA (termasuk UPNM) bagi pengambilan Semester Pertama setiap tahun adalah diselarakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan pelajar (BPKP), Jabatan Pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan di disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama tempatan.

 

 

                          

                               Nadz-hip hop bekas pelajar Kolej Matrikulasi Negeri

                         Sembilan bersama rakan-rakannya kini menjadi pelajar

                     Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ( UPNM )

                                      -----------------------------------------------------------------------------

Iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi pengambilan Semester Pertama dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengurusan IPT, KPTM pada:


Februari - Iklan permohonan bagi calon lepasan STPM/Setaraf bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda

               - Iklan permohonan bagi calon lepasan SPM/Setaraf bagi kemasukan ke program Asasi.

Pemohon boleh melayarai laman web KPTM di alamat   http://www.mohe.gov.my  untuk mendapat maklumat lanjut maklumat permohonan masuk ke IPTA.

Posted at 09:53 pm by gravesdigger
 

Saturday, December 06, 2008
AIR ZAM –ZAM DAN PELBAGAI JENIS TUALA

MENGIKUT cerita kawan-kawan yang pernah pergi mengerjakan ibadat Haji , Warganegara Malaysia adalah bertuah kerana boleh membawa pulang air zam-zam dalam botol / bekas plastik dan dapat diberikan kepada anak cucu dan saudara mara dan sahabat handai.

Kepada warganegara India yang mengerjakan Haji , mereka tidak dibenarkan membawa pulang air zam-zam ke negara mereka seperti jemaah Haji Malaysia. Oleh itu mereka akan menggunakan tuala pelbagai jenis dan direndamkan tuala tersebut ke dalam air zam-zam dan apabila sampai ke rumah mereka , tuala tersebut akan diperah untuk mendapatkan air zam-zam tersebut.

Barangkali idea itu telah digunakan oleh para pengedar dadah untuk mengedar kokain seperti laporan  dalam akhbar utusan bertarikh 05/12/08 – wallahualam.

………………………………………………//…………………………………………..

ARKIB : 05/12/2008

Polis patahkan cubaan seludup kokain 10.5 kilo

05/12/2008 4:03pm

SHAH ALAM 5 Dis. - Polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis kokain seberat 10.5 kilogram bernilai RM2.5 juta yang dicairkan selepas merampas 10 tuala basah yang diisi dalam dua bagasi pakaian ketika pemeriksaan di tempat pengambilan bagasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, malam tadi.

Kokain cair yang diserap pada tuala itu dipercayai akan dihantar ke Bangkok, Thailand melalui jalan darat negara ini.

Ketua Jabatan Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, turut ditahan semasa pemeriksaan itu ialah seorang wanita warga asing yang membawa dua bagasi tersebut.

Menurutnya, wanita berusia 36 tahun itu datang menggunakan pesawat dari Sao Paolo, Brazil dan mengambil penerbangan transit ke Dubai sebelum tiba ke negara ini. - Utusan

Posted at 09:47 pm by gravesdigger
 

Thursday, December 04, 2008
ANDA semua suka sukan ?.

ANDA  semua suka sukan ?. Semua jenis sukan saya telah cuba kecuali sukan ragbi 7 sebelah , taekwando , pencak silat , karatedo dan squash. Eh, eh , kalau sesiapa berminat nak lawan ping pong dengan saya , okey – bila-bila masa dan di mana saja. Saya pengadil ping pong bertauliah  ( untuk acara bergu ) tau , he…he…he...

 Sempena ASEAN UNIVERSITY GAMES - pencak silat akan diadakan di Dewan ini.

Posted at 07:56 pm by gravesdigger
 

Saturday, November 29, 2008
Fakulti Sains / Jabatan Kimia

ADA orang tanya saya berkenaan kursus di Fakulti Sains / Jabatan Kimia Universiti Malaya. Saya dah malas nak jawab dan cakap. Mungkin apa yang tertulis di bawah ini sudah cukup terang dan jelas. Bacalah sendiri.

.............................................................//.................................................................

UNIVERSITI MALAYA

FAKULTI SAINS

Universiti Malaya ditubuhkan pada tahun 1949 manakala Fakulti Sains pada tahun 1959

Fakulti Sains mempunyai dua institut (institut Sains Biologi dan Institut Sains Matematik) dan empat jabatan (Jabatan Fizik, Jabatan Geologi, Jabatan Kimia dan Jabatan Sains dan Teknologi)

Menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Asas dan Sains Gunaan selama 3 tahun atau 6 semester), Ijazah Sarjana Muda Sains dengan pendidikan (program selama 4 tahun),  Ijazah Sarjana Sains (MSc) dan Ijazah Kedoktoran PhD

Mempunyai 284 orang pensyarah, pelajar BSc. Dan BSC. Ed. (3,095 orang), MSc. (310 orang) dan PhD (135 orang)

Sistem pengajian

Mulai sesi 1996/97, Fakulti Sains telah melaksanakan sistem semester sepenuhnya dan memendekkan tempoh pengajian ijazah Sarjana Muda dari 4 tahun ke 3 tahun. Walaubagaimanapun pada sesi 2001/2002, tempoh pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan telah dilanjutkan kepada 4 tahun

Penganugerahan Ijazah

Pelajar harus memuhi sekurang-kurangnya 108 jam kredit bagi tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan 130 jam kredit bagi Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.

Ijazah sarjana Muda Sains

Kursus Universiti                 15 jam kredit

Kursus teras Program

·        Kursus fakulti 3 jam kredit

·        Kursus prasyarat 10 jam kredit

·        Kursus wajib 30-44 jam kredit

·        Kursus pilihan 8-34 jam kredit

·        Kursus elektif Dlm fakulti

   /  atau luar jabatan   20 jam kredit

 Jumlah 108 jam kredit

 Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan

 Kursus Universiti                                                        9 jam kredit

Kursus fakulti                                                             6 jam kredit

Kursus jabatan

·        Kursus prasyarat 16 jam kredit

·        Kursus teras 33 jam kredit

·        Kursus minor 12 jam kredit

Kursus pendidikan                                                                 46 jam kredit

Latihan mengajar                                                                    8 jam kredit

 

                                                                        Jumlah          130 jam kredit

 Bidang Pengkhususan

 Ijazah Sarjana Muda Sains

 

·        Sarjana Muda Sains (Bioinformatik)

·        Sarjana Muda Sains (Biokimia)

·        Sarjana Muda Sains (Bioteknologi)

·        Sarjana Muda Sains (Ekologi dan Biodiversiti)

·        Sarjana Muda Sains (Fizik)

·        Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan)

·        Sarjana Muda Sains (Fizik Komputeran & Elektronik)

·        Sarjana Muda Sains (Geologi)

·        Sarjana Muda Sains (Geologi Gunaan)

·        Sarjana Muda Sains (Genetik dan Biologi Molekul)

·        Sarjana Muda Sains (Geografi)

·        Sarjana Muda Sains (Kimia)

·        Sarjana Muda Sains (Kimia Gunaan)

·        Sarjana Muda Sains (Mikrobiologi)

·        Sarjana Muda Sains (Matematik)

·        Sarjana Muda Sains (Matematik Komputer & Industri)

·        Sarjana Muda Sains (Pengajian Sains & Teknologi)

·        Sarjana Muda Sains (Sains Bahan)

·        Sarjana Muda Sains (Sains Biokesihatan)

·        Sarjana Muda Sains (Sains & Pengurusan Alam

     Sekitar)

·        Sarjana Muda Sains (Statistik)

 

Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan

 

·        Biologi

·        Kimia

·        Fizik

·        Matematik

 Jabatan Kimia

Jabatan Kimia, Universiti Malaya merupakan jabatan yang terbesar di Fakulti Sains selain dari Institut Sains Biologi. Jabatan Kimia mula beroperasi pada tahun akademik 1959/60 dan merupakan satu jabatan yang tertua di Fakulti ini.

Objektif utama jabatan ini ialah untuk menyediakan sebuah pusat pengajian dan penyelidikkan kimia yang terulung di Malaysia.

Bidang Pengkhususan

 

·        Kimia Organik

·        Kimia tak Organik

·        Kimia Fizik

·        Kimia Analisis dan Alam Persekitaran

·        Kimia Hasil Semulajadi

·        Koloid dan Polimer

·        Kimia Pengkomputeran

 Peluang pekerjaan

 Sektor Awam

 -         pegawai penyelidik di pusat-pusat penyelidikkan seperti FRIM, SIRIM, MARDI, Petronas dll

-         pegawai sains di kementerian-kementerian

-         tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi

 Sektor swasta

 -         pegawai penyelidik dan penyelenggara di industri-industri pembuatan bahan kimia dan perubatan

-   eksekutif-eksekutif perniagaan di syarikat-syartikat pembekalan peralatan dan bahan kimia.

Posted at 02:32 am by gravesdigger
 

Monday, October 20, 2008
Sajak dan pantun ada kuasa ke ???

Kuasa sajak dan pantun  

KALIMAT Tuhan sudah mati dalam sajak " Sidang Ruh " karya Kassim Ahmad  yang ditulisnya semasa menjadi tokoh parti sosialis suatu masa dulu sahaja kut yang mempunyai kesan – itupun sebab dia seorang tokoh parti sosialis. Setahu saya tiada sajak yang hebat-hebat di Malaya ini. Kenapa ? Mana ada sajak yang boleh menggugat apa-apa ? Mana ada sajak yang boleh mengubah apa-apa ? Sajak di Malaya ini cuma bertaraf suka-suka dan sebenarnya tiada apa-apa. Tak berkuasa apa-apa pun !

Mungkin pendeklamator merasa hebat apabila meluahkan suaranya di hadapan khalayak( audiennya mungkin hanya 10-20 orang sahaja ) – tapi siapa peduli lalakan kamu ! Siapa yang ingat ??? Siapa ? Kalau kamu MAWI , Siti Nurhaliza Taruddin , Bunga Citra Lestari atau Kris Diyanti  oklah. Yang lain-lain tu…pandai-pandailah sendiri buat hidung mancung dan muka bersegi-segi , hehehe…. Poodahhh....!!!

Sajak tidak punya kuasa dan masa depan di Malaya ini. Di Indonesia khabarnya sajak-sajak mereka hebat dan punya audien beribu – ribu kalau W.S. Rendra , Taufik Ismail mengdeklamator sajak-sajak mereka. Sajak-sajak mereka punya kuasa merobah – eh , saya tidak mahu menyebutnya , sensitif – tapi kalau rajin boraklah dengan para pelajar dari Indonesia yang sedang belajar di IPTA seantero Malaya ini - kuasa memukau yang ada pada para penyajak atau sajak-sajak yang dikarang oleh pengarang Indonesia .

Di Malaya ini pantun lebih berkuasa. Tak percaya ?  Tak puas lagi dengan kuasa pantun? Cubalah pantun dua kerat ini dan tujukan kepada rakan anda , bos anda atau bos-bos anda. AMARAN : Jangan gunakan pantun ini , kalau anda gunakannya, maka akibatnya tanggunglah sendiri

Alor Setar Sungai Petani

Badan besar takut bini

Atau boleh ubahsuai seperti ini.

Alor Staq Sungai Petani

Duduk rumah besaq hasil duit bini

Atau boleh ubahsuai seperti ini.

Alur Star Sungei Patani

Dapat pangkat besar hasil rekomen bini

Atau boleh ubahsuai seperti ini.mengikut citarasa sendiri

Sajak tiada kuasa di Malaya ini tapi awas , pantun sangat kuat kesannya dan berpanjangan akibatnya. Poodah…ini bukan tulisan ilmiah dan mengikut kajian tertentu. Tak perlu risau ! Buatlah kajian ilmiah sendiri , mintalah geran dari mana-mana sumber – sahkan betul ke pantun lebih " power "  kat Malaya ini dan sajak kat Malaya ini cuma menyemakkan dada-dada akhbar sahaja , hehehe….

 

Sekian , Alor Setar Sungai Petani ,Badan besar takut bini

Posted at 06:40 pm by gravesdigger
 

Sunday, October 19, 2008
Tahniah Erisya

TERBACA sebuah sajak yang rasa-rasanya Penggali Kubur kenal orangnya ( tak pernah kenal rupanya cuma kenal di alam maya ). Sajak ini tersiar dalam akhbar Berita Harian 18./10 / 2008. Kalau tak salah beliau adalah seorang pegawai sains ( bahagian forensik.di Jabatan Kimia Malaysia , Jalan Sultan , Petaling Jaya ). Tahniah Erisya. Kalau tak salah alamat  blog beliau adalah seperti berikutNedstat Basic - Free web site statistics

http://erisya-celahkehidupan.blogspot.com

SYAWAL
Syawal
tiap laungan takbirmu
penuh suara kemenangan
melawan dugaan
membersih ikhlas
syukuri nikmat kurnia
Maha Pencipta.

Syawal
meraut rindu ayah bonda
mengukir kenangan
saat indah bersama
hiasi hari yang mendatang
tatkala bersendirian.

Syawal
pertemuan bersaksi
pusara
sendu dan air mata
pengganti bicara
rindu ayah bonda
rindu keluarga
rindu bahagia.

Terima kasih Syawal
gema takbirmu
melaung kemenangan
menggamit kenangan
menjanji pertemuan.

ERISYA NOR
Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya

( Sajak itu disalin dari Berita Harian dan ditampal di sini - harap maklum )

Posted at 09:20 pm by gravesdigger
 

Monday, October 06, 2008
Pertama kali jadi drebar teksi !!!!!!

 Baru  Jadi Drebar Teksi

Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya,Leha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Leha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Khairul  menahan teksi untuk mengantarnya pulang.

Leha : "Kampung Datuk Harun ya Pak cik"

Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Datuk Harun tidak terjadi percakapan antara Leha dan Pak cik drebar teksi, mungkin Leha  merasa kepenatan kerana bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Leha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Leha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak di depan untuk mengambil duit di kiosk ATM.

Tapi tiba-tiba setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Leha , Pak cik drebar teksi  itu secara membabi buta memusing stering teksinya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagaikan orang kena histeria, sampai akhirnya teksi  itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Leha dan Pak cik teksi tidak mengalami luka parah.

Pak cik teksi  itu kemudian meminta maaf kepada Leha .

Pakcik: "Maaf ya Yong , Yong  tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya Yong , terkejut setengah mati saya Yong !!"


Leha: "Laa, takkan tepuk bahu aja sudah terkejut!!"


Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar teksi , Yong"


Leha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"


Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..."
 
Leha: "patutla...."

Posted at 10:36 pm by gravesdigger
 

Saturday, September 13, 2008
LAILATUL QADAR, Najis Kecil , najis besar

LAILATUL QADAR

“Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid," kata abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Mata ku terpaku pada kubah masjid, kagum dan jari jemari ku sedikit mengigil kerana rasa kagum yang amat sangat. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya abah.
"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah...

"Berapa lama engkau tak ke masjid!!?" Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini. "Dia orang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor... Pasal tu kubah tu dia orang angkat letak kat tanah," sambung abah lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia ketawakan aku. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

 ………………………………………………//………………………………………………………….

Najis Kecil , najis besar

Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa, hari ni hari dia mungkin besok hari kita.

Betul tak. Masa zaman kami dulu tok imam tu tanya "kau orang islam nak kawin nak cuba tanya soalan sikit yang saya ingat. :-

a) Cuba Mengucap
b) Apa rukun dan fardunya.

Berpeluh juga BEB.

Pada cuti hari minggu tiga bulan sebelum bulan puasa bermula , aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti di kampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan di ruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit-sikit untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam-macam juga tok kadi tanya.

Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar.....Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kena sembahyang, dengan lajunya mamat bakal laki  pengantin perempuan  tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh-contoh  najis kecil, dia pun jawap kencing bayi yang kecik-kecik lagi. Tok kadi pun angguk saja, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok siling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu...bukannya susah, jawapannya anjing dengan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi....tok kadi mula senyum...

Aku sebut dalam hati muga-muga dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba-tiba aku semburkan balik, dah kena member kat tepi-tepi, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi....tapi bila pengantin tu jawap
"Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ...taik gajah... besar betul..nak-nak bila gajah makan durian.

Posted at 11:41 pm by gravesdigger
 

Previous Page Next Page
   


Setitik air.............




dalam lautan.................



Himpunan Tulisan Merapu , Jabatan Alam Maya & pelbagai bahan dan artikel yang beliau sukai.


Pautan Rencana saya dlm. Utusan M'sia

(1) TABUNG HAJI

(2) PIN

(3) MUHASABAH PEKERJA

(4) MAKLUM BALAS

(5) KETELUSAN

(6) PEMIMPIN

(8) WAKIL RAKYAT

(9) SAMSENG

(10) BELUT & ULAR



Pautan laman kimia ***
SPM ( kimia )>

Pautan laman sains*** Laman Sains SPM

Pautan gambar *** Imej ( PENGGALI KUBUR)>

*** Cerita( HANTU KUBUR)>

 
          http://gravesdigger. blogdrive.com

        ">   Midi Indonesia

  
          Berita Harian

  







KERJA KOSONG



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed