Salam Sejahtera .Selamat menatap cerita-cerita merapu dari saya. Sila minggat jika anda rasakan blog ini tidak berfaedah untuk diri anda. Terima kasih....




Tuesday, August 03, 2010
Eh...eh...eh....nak jadi usahawan ke ?

Tulisan di bawah ini hanya sekadar luahan rasa seorang kawan dan kawan-kawannya yang mengikuti kursus usahawan di bawah satu syarikat dan dibawah naungan syarikat GLC. Berikut adalah luahan hati / pengalaman  beliau selama 4 bulan di situ. Mungkin berguna juga kepada seseorang yang sedang mengalami nasib yang sama yang bosnya yang suka  memaki hamun al sumpah seranah al haji malboro.



1- Memahami gelagat, riak muka, aksi atau bahasa tubuh seseorang ketika berbohong..

2- Cara-cara mengenali ayat-ayat manusia yang sangat suka mengorek cerita orang lain

3- Cara menganalisis bahasa PSIKOLOGI yang digunakan hampir tiap orang yang berpengaruh untuk mempergunakan orang-orang bawahan.

4- Cara-cara untuk lepas daripada peraturan bisnes yang jujur dan telus..mudah saja sifirnya..

> “Kami ada duit, kamu buat saja kerja, kami akan bayar..”< [Ucapan terus dari orang berpengaruh kaum-kaum atasan yang lidahnya tidak perlu bayaran tol, zakat atau insurans. ]

5- Bagaimana menjadi bijak untuk ‘save cost’ dalam mengeluarkan produk, walaupun saya terkejut kerana berlaku satu insiden dimana resepi cutlet a.k.a bergedil dibuat testimoni untuk dicampurkan tepung supaya menjimatkan kos kentang, dan daging ayam di tukar kepada kiub ayam? Haishh..terpegun saya mendengar idea orang-orang atasan yang berpengaruh.. –

* Nota kaki ; Nasib baik la..idea ni hanya bertahan 3 kali sahaja, sebab saya dan chef Don[*Bukan Nama sebenar ] + rakan-rakan pelajar yang lain mengutuk, mengecam, dan mentertawakan rasa cutlet a.k.a bergedil yang sangat ganjil rasanya, dan lebih ganjil lagi orang-orang atasan berpengaruh terfikir idea seperti ini:

> Jimat Kos Kentang dan ayam > Tambah Tepung > Output banyak = tapi hasilannya > Kualiti rasa Cutlet a.k.a Bergedil yang langsung tak sedap. [Tidak bermakna menghina makanan, tapi kenyataannya kalau kita nak hasilkan produk yang baik, buatlah baik-baik, terbaik dan sehabis baik, jadi orang lain yang makan pun tak lah sampai terkebil-kebil biji mata hendak meneka makanan apa yang sedang dikunyah tu.]

*Nota kaki lagi : Kami buat kesimpulan, walaupun dapat output banyak, Rasa tak sedap, habis tu siapa yang nak beli lagi kalau dah tak sedap? = sales akan turun, efek kepada pulangan produk & keuntungan syarikat tu.

Lagi berbisa ayat Chef Don > “Ini curang dalam bisnis namanya ni” Saya pula membalas > “Pelik manusia ni, bila dah kaya makin tamak, bila dah makin mampu, semakin risau akan kekurangan..”

6- Cara bagaimana orang-orang atasan memberikan jalan keluar, atau tunjukkan jalan keluar kepada orang-orang bawahan, tidak kira sama ada dengan cara terpaksa, memaksa, atau mensabotaj orang lain.

7- Cara bagaimana mahu kelihatan mulia depan orang lain, seolah-olah kita tidak pernah memberhentikan sesiapa, tidak pernah memburukkan sesiapa, dan tidak pernah mensabotaj sesiapa, sifirnya juga mudah, :

> Cakap depan mangsa ayat lain, cakap didepan staf lain, ayat yang lain pula<

8- Perlu tahu undang-undang syarikat, undang-undang ordinan buruh, pastikan orang-orang bawahan kita jahil tentang undang-undang ini, dengan kejahilan mereka, kita boleh sesuka hati memaksa mereka untuk terus berkerja sampai pukul 3.00-4.00 pagi, selain daripada itu kita bolehlah memerah ooopppsss..disebabkan sekarang ini dah zaman moden, saya tukar istilah perah ini kepada > SPIN< meme’spin’ tenaga pekerja sehabis-habisnya sampai kering untuk bermati-matian berkerja, yang penting syarikat untung banyak. oleh itu adalah sangat penting ilmu ini, sangat berguna untuk menyalahgunakan ilmu ini, lebih-lebih lagi kepada orang-orang bawahan yang jahil tentang hak mereka sebagai pekerja, apatah lagi sebagai manusia.

9- Tak perlu tahu sangat kira mengira atau congak-congak sangat. Dengan ketidak ‘berapa pandaian’ sangat kira mengira ini, bolehlah kita mengambil ringan semasa pengiraan gaji dan overtime dikira. Mana yang setengah-setengah masa, atau cuma 2, 3 hengget tak payah kira, dan tak perlu masukkan dalam ‘salary voucher’ pekerja tadi.

10 – Selain daripada kepandai-pandaian atau sifat memandai-mandai di atas tadi, seseorang yang berjiwa nak jadi usahawan atau nak jadi orang-orang atasan, paling penting, semasa membuat keputusan tu, tak kira la keputusan apa, tapi selalunya berkaitan dengan permasalahan pekerja atau lebih tepatnya orang-orang bawahan atau kata paling tepat sebagai hamba, ikutlah emosi anda semasa membuat keputusan, tidak perlu fikir panjang-panjang, tidak perlu fikir-fikir masalah orang bawahan, yang penting anda sebagai orang atasan lepas, yang penting reputasi kemuliaan anda sebagai orang-orang atasan tidak terjejas dan tergugat di depan pekerja lain anda, yang mana belum menjadi mangsa anda, atau bakal mangsa anda. Ini sangat penting agar pekerja lain tahu anda adalah orang atasan yang baik hati, jujur, amanah, telus, tulus, berkerjasama, bertatasusila, berhemah tinggi, berkaki lebar, dan sentiasa tersenyum lebar.

Tapi anda kena ingat, sebagai usahawan, bakal usahawan, atau bakal orang-orang atasan, anda manusia biasa, mati bila-bila masa, entah hari ni, esok atau lusa, nyawa tidak lagi bersisa, kubur kata MARI-MARI, CINTA MATI..rumah kata PERGI-PERGI, DARI SINI, tiada yang abadi..Allah tu maha Adil, cepat atau lambat, Tidak di sini mungkin di sana, pembalasan itu ada, malah sebesar zarahpun kebaikan atau kebatilan yang dilakukan, Allah takkan pernah terlepas pandang..

11- Disebabkan Kami, para pelajar dan orang-orang yang bergelar orang bawahan yakin dan tahu Allah itu ada, kami tetap bersabar, kerana sabar itu subur.. Selagi mana sabar itu masih bersisa, para perantis yang mahu belajar akan tetap terus belajar, walaupun jalan itu sangat pahit, dan menyakitkan jiwa yang merasa.


SABAR..Itu pelajaran terbesar daripada semua pelajaran-pelajaran di atas tadi. Dalam masa yang sama berusahalah untuk mencari jalan keluar memperbaiki keadaan yang terang-terangan tak betul, tapi andaikata orang-orang atasan tetap merasa gah dengan semua tadi, apa salahnya kami orang-orang bawahan angkat kaki, bawa diri, juga hati berhijrah ke tempat lain. Daripada diri turut terpalit sama, carilah rezeki itu di tempat lain.

Bumi  tuhan, walaupun mungkin sederhana kecil, keluasan rezekinya tidak pernah dapat dihitung buat sesiapa yang tetap berusaha mencari dan tidak merasa putus asa dari rahmat Ilahi.

Kalau sudah pergi Mekah ,harap-harap jadilah HAJI MABRUR dan bukannya Haji Bakhil atau Haji Malboro atau Haji Cap Ayam.


Posted at 06:56 pm by gravesdigger
 

Sunday, July 25, 2010
Makmal-Makmal Forensik , Jabatan Kimia Malaysia,

Lawatan sambil belajar ke makmal-makmal forensik , Jabatan Kimia Malaysia, Jalan Sultan , Petaling Jaya , Selangor.

 
Seramai 28 orang staf sokongan makmal  telah melakukan lawatan pada   29/ 06 / 2010.

 

Encik Fateh Ngaliman ,Pegawai Sains dari Jabatan Kimia Universiti Malaya ( sebelah kanan ) sedang menyampaikan cenderahati kepada Encik Mohamad Fauzee Ghazali , Ketua Unit Kriminalistik , Jabatan Kimia Malaysia , Jalan Sultan , Petaling Jaya, SELANGOR.

 …………………………………………//…………………………………………………

 Makmal-makmal forensik yang telah dilawati adalah seperti berikut:

1. Narkotik

Identifikasi dan analisis dadah-dadah berbahaya seperti heroin, kanabis, candu, dadah psikotropik dan juga ATS (“amphetamine typestimulants”).

2. Serologi / DNA

Pemeriksaan serologi dan pemprofilan DNA.

 3. Kriminalistik

Analisis bahan bukti surihan, pemeriksaan kenderaan, identifikasi CD cetak rompak,  identifikasi senjatapi dan penyiasatan kebakaran.

4. Toksikologi 

Kes-kes keracunan manusia dan haiwan, analisis alkohol dalam darah dan air kencing, dan juga analisis dadah dalam cecair badan. 

 5. Pemeriksaan dokumen yang dipertikaikan

Pemeriksaan tulisan tangan, tandatangan dan proses pencetakan, serta analisis kertas dan dakwat.


Posted at 08:38 pm by gravesdigger
 

Wednesday, July 07, 2010
Apa itu usrah ?


Apa itu usrah ? Usrah ialah majlis mengumpat dan menyalahkan semua orang kecuali diri dan kumpulan sendiri dalam semua hal.

DEFINISI

 

Forum

 

Ucapan beberapa ahli penal tentang tajuk yang luas mengikut selera dan hala masing-masing

 

 

Iklan

 

Propaganda perdagangan yang lebih keterlaluan, lebih popular dan menarik.

 

 

Kempen

 

Syarahan yang sama dihadapan khalayak yang sama di tempat-tempat yang berlainan

 

 

Kuliah

 

Maklumat yang sama diulang-ulangkan kepada pelajar yang tidak sama ditahun-tahun pengajian yang silih berganti.

 

 

Khutbah

 

Ucapan panjang yang menjemukan sebelum sembahyang fardu Jumaat.

 

 

Makalah

 

Tulisan panjang tanpa fakta yang cukup dan tanpa analisis yang jelas.

 

 

Suratkhabar

 

Sebaran am tentang politik pemerintah, sukan dan hiburan.

 

 

Syarahan

Luahan semangat dan kritik membabi buta terhadap orang lain di hadapan orang ramai

 

 

TV/Radio

Saluran hiburan dan iklan yang kadang-kadang diganggu oleh siaran berita atau rencana pendek.

 

 

Usrah

Majlis mengumpat dan menyalahkan semua orang kecuali diri dan kumpulan sendiri dalam semua hal.

 

 

Sumber: Al-MANAR Bilangan 2 1998, m/s 61


Posted at 02:06 am by gravesdigger
 

Sunday, July 04, 2010
Cerita V V I P

Baru-baru ini berpeluang bertemu dengan orang yang sangat penting ( V V I P ) di suatu lokasi yang hebat selama 3 hari 2 malam. Banyak yang boleh ditulis kalau mahu , tapi kalau gatal tangan nanti tak fasal-fasal akan pergi pula ke tempat yang dahsyat ,hehehe…60 hari 60 malam , makan , tidur percuma , faham kut Labu ???

Mungkin yang ini tak sensitif kut kalau nak diberitahu : Apa pendapat V V I P tentang menunaikan ibadat Haji ? Jawapan V V I P sangat menarik. Pada beliau menunaikan Haji sangat menyeronokkan kerana dari jawapannya cuma ITM . Apa itu ITM ? ITM yang beliau maksudkan bukan Institut Teknologi Mara tapi Ibadat , tidur dan makan.

Dengan segala kesibukan dalam jadual hariannya , kesempatan menunaikan fardhu haji begitu bermakna kepada beliau. Seratus peratus jiwa dan raga diserahkan kepada Maha Pencipta , Maha Inovasi , Maha Kreatif , dan Maha segala-galanya dan begitu sayu meninggalkan tanah suci Mekah.

Cerita-cerita yang lain tidak akan ditulis di sini tapi cuma dalam dairi Penggali Kubur yang konvensional.

Sekian, “MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA “ .

……………………………………………//…………………………………………………………..

 
Never explain yourself to any one. Because the person who likes you doesn't need it, and the person who dislikes you won't believe it. -- Anonymous --


Posted at 07:48 pm by gravesdigger
 

Thursday, July 01, 2010
Kereta Melayu

KERETA MELAYU

 
SUATU hari kawan Penggali Kubur berlainan bangsa menyatakan kereta Penggali Kubur tidak seperti kereta Melayu. Dulu pakai kereta "A" pun tak serupa kereta Melayu. Sekarang pakai kereta "B" pun tak serupa kereta Melayu. Maka Penggali Kubur pun mintalah definisi kereta Melayu darinya. Maka inilah jawapannya : KERETA MELAYU MESTI ADA 2 BIJI BANTAL DEKAT BELAKANGNYA DAN ADA MACAM-MACAM AYAT BERTULIS JAWI / ARAB.

                              

Penggali Kubur gelak saja mendengar takrifannya. Sebab kereta Penggali Kubur cuma ada pelekat cukai jalan , pelekat tempat kerja supaya tak kena tahan dek Penjaga Pagar @ Pak Guard . Tiada bantal dan tiada ayat-ayat Quran.

Imej kereta Melayu ada bantal pada hemat saya adalah takrifan negatif yang secara tidak langsung menunjukkan Melayu suka tidur dan malas. Imej kereta Melayu ada ayat – ayat suci juga pada hemat saya kurang tepat kalau ayat-ayat suci itu sekadar hiasan tapi pemandunya berwatak macam setan – potong garisan berkembar , langgar lampu merah, bunyi ekzos yang memekakkan telinga .

                                 

Mungkin definisi kereta Melayu itu cuma terpakai untuk Melayu dari kasta bawahan seperti Penjaga Pagar @ Pak Guard , pekerja kilang cap ayam atau yang sekapai dengannya.

Melayu kelas elit seperti pensyarah , doktor , peguam , ahli perniagaan yang berjaya tidak perlu pun tonjolkan imej mereka dengan bantal dan ayat-ayat suci Al – Quran.

 Penggali Kubur – Ingin naik  kereta elektrik ciptaan jurutera Melayu


Posted at 01:18 am by gravesdigger
 

Saturday, June 12, 2010
“ Hello Bos ” / “Helo Bos” ???????


RUANGAN kartun senyum pagi “ Hello Bos ” atau kadang-kadang ejaannya ialah “Helo Bos” dalam Utusan
Malaysia sememangnya salah satu kemestian kepada penulis untuk menatapnya setiap hari. Ruangan itu kadang-kadang memenangkan para bos dan kadang-kadang memenangkan para pekerja atau kadang-kadang seri. Sindiran dan kritikan dalam ruangan itu juga kadang-kadang pedas dan pedih kepada pihak-pihak yang berkenaan.


Sebenarnya setiap warga kerja , baik di sektor awam ataupun di sektor swasta mempunyai bos atau ketua. Misalnya di Institusi Pengajian Tinggi Awam  ( IPTA ) , bos utama ialah Naib Canselor manakala di Institusi Pengajian Tinggi Swasta lebih dikenali sebagai Presiden.

Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis manusia dalam mana-mana organisasi. Manusia jenis pertama menyediakan atau menulis pelbagai perkara di atas kertas atau borang tapi tandatangannya tidak laku tanpa tandatangan manusia jenis kedua yang boleh mengubah hidup seseorang pekerja , sama ada untuk kenaikan pangkat , melanjutkan pengajian atau sebagainya.


Tandatangan manusia jenis kedua inilah yang dikatakan bos. Mereka-mereka ini mungkin kerani kanan , penolong pegawai tadbir , penolong pendaftar , ketua penolong pendaftar , ketua seksyen , ketua unit , ketua jabatan , pengarah , dekan , pendaftar , timbalan naib canselor dan seterusnya naib canselor.

Semakin tinggi jawatan maka semakin ramai yang akan memanggil anda sebagai bos dan semakin rendah jawatan maka semakin ramai yang anda , mahu tidak mahu , suka atau tidak  terpaksa panggil bos.


Rangkaian bos-bos telah dicipta sedemikian rupa supaya memudahkan tatakerja. Mereka berada pada di tempat sedemikian berasaskan kebolehan dan kemampuan masing-masing. Janganlah cuba melompat dari rangkaian tersebut untuk membuat aduan atau sebarang cadangan. Para bos tidak suka !

Ketua-ketua jabatan , dekan , pengarah dan jawatan-jawatan utama lain di universiti diisi oleh staf akademik. Mereka ini pemikir dan merupakan orang yang paling sibuk.


Arahan yang diberikan kadang-kadang hanyalah tulisan di atas amplop lama dan terpakai. Namun arahan tetap arahan – sama ada ditulis dengan cantik atau cuma arahan lisan , arahan melalui telefon atau melalui  e-mel .

Kegagalan memahami gelagat bos menyebabkan sesetengah warga kerja berada pada gred statik , misalnya bermula sebagai atenden makmal , berpencen pun sebagai atenden makmal.

Kesibukan dan pelbagai “deadline” mewarnai kerjaya bos dari kalangan akademik. Oleh itu , bekerja dengan ketua dari kalangan akademik memerlukan pelbagai kebolehan , kemahiran dan pengetahuan.

Bagaimanapun tatacara kerja mereka , bos tetap bos. Tiada apa yang dapat dilakukan selain cuba menyesuaikan diri.

McGregor adalah seorang tokoh dalam ilmu pengurusan. Teori X dan teori Y nya sangat popular untuk mengenal gelagat manusia. Teori X mengatakan semua manusia malas dan mesti didorong untuk bekerja manakala teori Y pula mengatakan semua manusia mahu bekerja dan hanya memerlukan suasana yang sesuai.

Penulis percaya semua bos tahu tentang hal tersebut. Janganlah mengharapkan kualiti yang sama jika seorang atendan atau peon pejabat terpaksa menggantikan tempat steno. Janganlah menaruh harapan terlalu tinggi jika pembantu am rendah ( (PAR ) makmal terpaksa menjaga kelas amali kimia.

Bos yang realistik pasti mengetahui kepentingan meletakkan pekerja pada tempat yang sesuai dengan kebolehan , kelulusan , pengalaman , bakat , kemahiran , kebolehpercayaan dan keperluan jabatan.

Sebenarnya setiap daripada kita adalah bos , sama ada bos rumahtangga atau bos kepada diri sendiri. Setiap orang berhak mendapat hak sebagai bos , iaitu hak untuk dihormati , dipatuhi , dirujuk , dimaklumkan , dituruti arahan bertulis atau lisan dan hak membuat keputusan.


Para bos pula wajib menghormati hak orang yang di bawah. Hak-hak itu ialah masalah dan aduan didengar , dibimbing , dihargai dan sumbangan pula diiktiraf.

Ada pendapat popular mengatakan “ might is right ” ( yang berkuasa atau boslah yang benar ). Oleh itu , janganlah melawan, ikutlah contoh tauladan. Oleh itu juga, tidaklah menghairankan jika ketua meletakkan kenderaan di tempat  “ kosongkan “ , maka tindakannya akan dicontohi oleh staf bawahannya atau para pelajarnya.

Pendapat kedua yang tidak kurang popularnya ialah “ right is might “ ( Kebenaranlah yang berkuasa ) . penulis secara sedar bersetuju dengan pendapat ini. Kebenaranlah yang penting dan berkuasa kerana pusat-pusat pengajian tinggi dibina atas asas ilmu dan setiap ilmu semestinya mendorong , mengajar , mendidik , meransang manusia mencari dan mencintai kebenaran.


Bagi diri penulis , setiap warga kerja adalah orang penting , sama ada dia seorang atenden bilik mayat ,  buruh kasar , kerani , pensyarah , penolong pendaftar , pemandu atau apa-apa jawatan lain jua. Menatap ruangan “Hello Bos “setiap pagi barangkali dapat meredakan ketegangan kita sewaktu berurusan dengan pelbagai jenis bos dan pelbagai pula gelagat mereka.


Posted at 08:58 pm by gravesdigger
 

Wednesday, June 09, 2010
UM tak perlu menari rentak palunan orang lain & Kepincangan Penilaian Universiti

TULISAN di bawah ini adalah disalin dan kemudian  tampal dari ummail. Wow !!!! Saya simpan di sini untuk diri sendiri sahaja.Harap maklum.

................................................................//....................................................................

Assalam-mu-alaikum,

Saya terpanggil untuk berikan pandangan peribadi tentang hala-tuju kita warga UM.Harap maaf jika terkasar bahasa.

Wassalam,

Kamaruddin MY

UM tak perlu menari rentak palunan orang lain & Kepincangan Penilaian Universiti

 
Universiti adalah Institusi Pendidikan Tertinggi di Planet Bumi. Staf akademiknya terdiri daripada kumpulan inividu berpendidikan tinggi. Mereka bertaraf intelek,bebas berfikir,bebas berinovasi dan bertanggung jawab meneraju bidang akademik dalam Negara ini. Staf akademik perlu  mencorak hala-tuju sesuatu Universiti memenuhi kehendak serta keperluan Negara.
Malaysia masih memerlukan ramai tenaga mahir tempatan untuk mencapai taraf Negara maju. Staf akademik di Malaysia masih perlu bekerja keras mengasah bakat-bakat yang ada.  Dan adakalanya terpaksa bekerja lebih keras memberi peluang kepada anak-anak yang datang daripada kawasan pendalaman untuk bersama-sama mencapai kegemilangan akademik, supaya mereka tidak tersingkir dari arus perdana. Pepatah Melayu " Mengasah belakang parang/atau Belakang parah jika diasah..." sudah menjadi amalan biasa di Universiti di Malaysia. Justeru peranan staf akademik tidak tertumpu sepenuhnya kepada penyelidikan untuk hasilkan kertas-kerja semata-mata. Tanyalah mana-mana staf akademik di Universiti Malaya berapa jam seminggu mereka terpaksa memberi kuliah dan/kelas bimbingan? Dengan sistem Semester yang cukup membebankan, staf akademik pada umumnya terlalu keletihan untuk melaksanakan penyelidikan berkualiti tinggi.(Sistem penggal adalah lebih baik dari aspek disiplin masa mendidik pelajar dan masa untuk pensyarah menjalankan penyelidikan)

Seorang pemenang Anugerah Nobel Kimia yang melawat UM beberapa tahun yang lalu berkata dia hanya memberi 3 jam kuliah seminggu kepada pelajar pasca-ijazah. Dia langsung tidak mengajar pada tahap ijazah pertama jauh sekali pelajar diploma atau asasi Sains. Jadi tumpuannya, ialah penyelidikan perprofil tinggi untuk hasilkan keputusan canggih yang boleh diterbitkan dalam Jurnal berImpak Tinggi. Dan gajinya tidak bergantung pada skima yang ada 'matinya'. Lebih banyak peruntukan kewangan dia dapat untuk lakukan penyelidikan, lebih banyak dia dibayar imbuhan. Malah dia tidak tahu berapa gaji staf akademik lain disebelah makmalnya. Semuanya berbeza. Malaysia belum mampu untuk memberi insentif begini, justeru mengapa terlalu menekan staf akademik ketahap yang begitu berat ?  Satu aspek yang tidak pernah diambilkira dalam menilai Universiti di dunia ini ialah hasil sumber manusia, faktor graduan berkaliber. Graduan Universiti Malaya yang dihasilkan daripada Sistem Penggal adalah lebih berkaliber, lebih cemerlang, berketrampilan dan mempunyai keupayaan tinggi. Graduan hasilan sistem Semester mempunyai banyak kelemahan kerana mereka ibarat " Jack of all trade but Master of none".

Berapa ramai tokoh-tokoh cerdik pandai,menteri-menteri,ahli korporat,doktor  dan ahli akademik yang telah dihasilkan oleh UM selama ini (sistem penggal)? Ini sebenarnya adalah Impak Tinggi yang tidak pernah diukur oleh mana-mana badan penilai Institusi Pengajian Tinggi di dunia. Inilah satu KEPINCANGAN dalam sistem penilain sedia ada. Sistem ini PINCANG, jadi mengapa kita terlalu taksub untuk terus mengikutnya seperti lembu dicucuk hidung ? Kita bebas untuk merangka sistem penilian yang lebih adil bergantung kepada keadaan dan kemampuan kita di Malaysia. Kita sudah Merdeka tetapi minda kita masih dijajah oleh mereka yang berpaksi ke Barat.

Negara seperti Amerika, UK dan Eropah telah mencapai taraf Negara maju . Justeru mereka tidak lagi kekurangan tenaga mahir seperti kita. Oleh yang demikian, mereka bolehlah memberi tumpuan kepada penyelidikan yang canggih-canggih yang boleh diterbitkan dalam Jurnal berimpak Tinggi. Malah mereka berkemampuan 'membeli' ahli akademik dari seluruh dunia dengan tawaran harga cukup lumayan untuk laksanakan penyelidikan di Institusi mereka. Tanyalah staf akademik di Universiti Singapura( antara terbaik di dunia) bagaimana kecewanya mereka mendapat layanan(dianak-tirikan dinegara sendiri) yang berbeza daripada staf akademik yang 'dibeli' semata-mata untuk naikkan imej Universiti ? Perlukah kita menari rentak yang sama ?

Saya sertakan beberapa petikan daripada satu kajian tentang Jurnal BerImpak Tinggi yang hanya mengambilkira Jurnal ISI sahaja seperti berikut :

On becoming a high impact journal in international

business and management

Anne-Wil Harzing

Version January 2008

Accepted for European Journal of International Management, vol. 2/2

Copyright © 2008 Anne-Wil Harzing. All rights reserved.

Prof. Anne-Wil Harzing Email: anne-wil@harzing.com

University of Melbourne Web: www.harzing.com

Department of Management

Faculty of Economics & Commerce

Parkville Campus

Melbourne, VIC 3010

Australia.

 

What is a high impact journal?

It should be the aim of any academic journal – or academic researcher for that matter – to make an impact. Although publishing high-quality papers is a noble aim in itself, if these papers do not have any impact, the activity would seem rather pointless. However, it is not easy to define impact or measure it objectively. Our first question should be "impact on whom?": other academics, students, managers, or the public at large. Traditionally, many academics in management have been most concerned with the impact of their work on other academics, and this is certainly what seems to be most highly rewarded in many universities. Unfortunately, impact on practitioners and students is very difficult to quantify, although Puffer's contribution provides many suggestions on how to facilitate knowledge transfer to practitioners as part of the mission of a scholarly practitioner journal. Therefore, this short editorial by necessity focuses on the more limited academic impact only, assuming that at least some of the high academic impact papers will also have an impact on practice.

How to measure academic impact?

In terms of academic impact, the traditional yardstick of journal impact has been Thomson ISI's Journal Impact Factor (JIF). The JIF is calculated by dividing the number of citations to articles published in the journal in question in the previous two years by the number of articles published in that journal in the previous two yearsOver the past decades, bibliometric researchers have identified many problems with the JIF (see Harzing & van der Wal, 2007a/b for a summary). Most of these centre on the overly short time frame of JIFs and ISI's lack of comprehensive citation coverage. The former means that the JIF is really only appropriate in disciplines such as biochemistry and molecular biology that are characterised by a high number of citations and short publication lags (Cameron,2005). The latter refers to the lack of coverage of citations in books, conference and working papers as well as citations in journals not included in ISI; the lack of inclusion of journals in languages other than English in the ISI database; and the US bias in the journals included in the database.ISI's lack ofcomprehensive journal coverage is particularly important in the field of InternationalBusiness/Management where only two journals are ISI listed (Journal of International BusinessStudies and Journal of World Business).In this editorial, we therefore use another data source(Google Scholar), which has been shown to have a more comprehensive coverage in this field(Harzing & van der Wal, 2008a). The analyses reported in this paper were conducted in September2007 using "Publish or Perish" (http://www.harzing.com/pop.htm).

 

.. Given these results, it would seem quite artificial to make a distinction between ISI-listed journals and non-ISI listed journals as many journals that are not ISI listed might actually have a higher impact on the field than journals that are ISI listed.

 

... The second lesson we can draw is that although an ISI ranking might be "nice-to-have", it should not be considered to be the exclusive gold standard for journals. Several successful and long standing IB/IM journals – MIR is in its 48th volume, TIBR in its 50th volume – do not have an ISI ranking. Given EJIM's focus on Europe as well as its mission as a bridge journal, it would make more sense to look towards Google Scholar citations as a broader measure of impact. Journals such as European Journal of Political EconomyEuropean Management JournalEuropean Journal of Marketing and European Financial Management are not ISI listed, but do have a very respectable citation count in Google Scholar and one that is higher than that of many journals that are ISI listed(Harzing & van der Wal, 2008b).

 
Sudah jelas disini bahawa Thomson ISI's Journal Impact Factor (JIF) adalah penilaian yang PINCANG dan TIDAK ADIL untuk diguna pakai oleh para akademik di UM,lebih-lebih lagi jika digunapakai untuk penilaian kenaikkan pangkat.

 
Para akademik di UM berkemampuan untuk beri cadangan lain sebagai kriteria untuk menilia universiti di Malaysia atau pun di Dunia. Kita boleh berikan 'counter proposal' kepada badan yang menilai Universiti.

 
Untuk KPI pun kita perlu nilai kembali supaya ianya lebih ADIL dan berperikemanusiaan. Contohnya untuk pensyarah baru di UM. Pada tahun pertama sepatutnya dia tidak perlu menerbitkan kertas kerja lagi. Memadailah dengan melaksanakan tugasan kuliah yang baru diberikan. Kemudian menulis cadangan penyelidikan untuk dapatkan peruntukan penyelidikan. Ini adalah kerana setiap pensyarah baru perlu diberi ruang berinovasi untuk jayakan penyelidikan baru meneroka yang belum diterokai...'beyond the frontier of knowledge'...bukan yang biasa untuk cepat-cepat hasilkan kertas yang akhirnya tiada impak, tidak berguna kepada masyarakat maupun Negara. Jika pensyarah berasaskan makmal, beliau perlu masa untuk dapatkan bekalan,rancang makmal, cari RA(bukan mudah nak dapat yang berkaliber daripada graduan sistem Semester sekarang yang lemah kerja makmal, maklumlah terlalu sibuk dengan 'jack of all trade'). Tahun kedua bolehlah dia diharapkan mencuba menulis kertas kerja mungkin mulakan kertas persidangan dulu. Kemudian lengkapkan untuk jadi kertas-kerja untuk dihantar ke Jurnal selepas itu tak perlu Jurnal ISI lagi. Biarlah berperingkat dan terurus dan berdisiplin. Jika nak cepat mungkin orang lain yang tulis, hanya tumpang nama saja kerana nak capai KPI sahaja. Kita tidak perlu menipu diri sendiri.

 
Saya pernah bertanya seorang Profesor dari UK yang datang ke UM sebagai pemeriksa luar bagaimana KPI khususnya penilaian kertas kerja dilaksanakan di UK. Dia kata di sana setiap 3 atau 4 tahun sekali baru dinilai penerbitan kertas kerja setiap pensyarah bukan tiap-tiap tahun seperti di UM. Katanya adakalanya kita bernasib baik dapat keputusan yang banyak dan berpotensi jadi boleh diterbitkan tetapi bukan boleh dapat tiap-tiap tahun. Saya minta pendapat dia tentang pada masa itu Profesor grade C perlu terbitkan 5 kertas kerja setahun. Dia kata : That's crazy !

 
We should lead and not be mislead in determining our future and the future of our nation.

Dengan penuh keinsafan dan kesedihan,

Kamaruddin MY

Jabatan Perubatan Molekul

 Quoting kamaruddin77@um.edu.my on Wed, 09 Jun 2010 00:08:14 +0800:



Posted at 02:40 am by gravesdigger
 

Monday, May 10, 2010
SRP / PMR cukup makan atau SPM CAP AYAM sahaja

DIKATAKAN cuma terdapat 2 golongan manusia yang dianggap bijak dan pandai di dunia ini. Golongan ini adalah ahli politik dan ahli perniagaan. Kedua-dua golongan ini boleh memanipulasi apa juga keadaan. Sesetengah benda yang ada dikatakan tidak ada atau sebaliknya sesetengah benda itu memang wujud tapi dikatakan tiada yang bertujuan meraih keuntungan atau sokongan.

   

Kalau seseorang individu yang mempunyai 4 atau 5 ketul ijazah masih bekerja sebagai jurutera atau pengurus atau akauntan di syarikat yang dimiliki oleh individu yang hanya ada kelulusan sijil darjah 6 atau cuma ada PMR atau SPM sahaja bermakna taukenya lebih bijak dan pandai daripada individu yang ada 4-5 ketul ijazah universiti dari dalam dan luar rnegara tersebut.

                               

 

Begitu juga seseorang yang mempunyai ijazah berjela-jela tapi cuma jadi orang biasa saja dalam politik dan bekerja dengan ahli politik yang ada SRP / PMR cukup makan atau SPM  CAP  AYAM sahaja. Siapa agaknya lebih bijak dan pandai ?


Posted at 04:00 am by gravesdigger
 

Thursday, May 06, 2010
Penipu

PENIPU

PERNAHKAH anda kena tipu ? Pernah ? Sakit hati tak ? Tentulah sakit hati , geram dan bermacam caci maki yang terdapat atau tidak terjumpa dalam kamus bahasa Melayu , Indonesia ,China , India , Inggeris dan sebagainya keluar dari mulut anda . Betul tak ? Kata-kata mencarut dalam bahasa Jawa , Sepanyol , Perancis  , Urdu pun keluar , hehehe.

Kalau kena tipu terutama mengenai kewangan , hati sangatlah sakit. Rasa nak cekik orang tersebut kasi “gol “. Saya pernah kena tipu dek seseorang yang katanya dalam kesempitan wang. Dia nak pinjam RM seribu ringgit. Saya cakap saya tidak punya wang sebanyak itu. Tapi saya tak tahu apa ilmu yang dipakai oleh penipu ini – saya telah menyerahkan wang kepadanya sebanyak RM 1,000 dengan janji beliau akan jelaskannya dalam masa 3 hari. Saya juga suruh dia tanda tangani surat perjanjian yang mengatakan beliau berhutang dengan saya dengan jumlah , tarikh meminjam , tarikh mesti dijelaskan sepenuhnya dan juga saksi.

                 

Setelah 3 hari muka dan bayangnya pun tak jumpa. Lepas seminggu , beliau kata , duit KWSP nya belum boleh dikeluarkan . Lepas sebulan dia kata minta tangguh . Lepas 3 bulan dia maki kita pula. Lepas 6 bulan dia kata , dia akan bayar setiap bulan RM 50 sehingga selesai. Lepas 3 tahun barulah hutang itu selesai. Dia mahu bayar sebab ada surat perjanjian. Seorang dari kawan saya yang beliau pinjam sebanyak RM 500 , lebuh bin hancus begitu saja kerana tiada bukti dan dia buat-buat tak tahu saja.

 
Serik , serik , serik ! Saya diberitahu dia gila perempuan dangdut dan hidupnya sekarang lintang pukang. Dia cuma seorang peon / atendan pejabat. Dari rumah setinggan , beliau pindah ke rumah teres ( rumah kos rendah kat Batu 13 , Cheras ) dan rumah teres itu telah dijual dan sekarang setelah pencen duduk rumah setinggan semula dan gilanya pada perempuan dangdut belum berakhir walaupun panggilan kubur selalu memanggil ( beliau telah dua kali diserang angin ahmar dan berminggu-minggu tinggal di hospital tapi setelah keluar bukan jadi “kaki surau” tapi tetap jadi “kaki dangdut “ , " kaki nombor ekor & kaki nombor toto ").

 Sekianlah sahaja entri kali ini . Majulah Sukan Untuk Negara


Posted at 07:26 pm by gravesdigger
 

Tuesday, April 27, 2010
PESANAN PANJANG KEPADA YANG OBSES / KETAGIH MENGANIAYA SESAMA MANUSIA

KEPADA YANG OBSES / KETAGIH  MENGANIAYA SESAMA MANUSIA

PESANAN panjang kepada Si Polan binti Si Polan yang selama ini mencari makan melalui menganiaya manusia lain , memfitnah kawan sendiri , menyusahkan manusia lain, menumbuk rusuk dan berpakat dengan  pihak tertentu untuk mezalimi dan menganiaya kawan-kawan  sendiri. Katakanlah misalnya anda telah menganiaya seramai tujuh orang kawan anda , dan salah seorang mengangkat tangannya dan bermohon kepada Allah supaya kamu dan pihak yang bersubahat dengan kamu menjadi “prostitutes murahan hingga ke tujuh keturunan “ dan orang yang berkuasa dan keluarga mereka atau sesiapa terlibat dengan konspirasi aniaya kamu itu semua bakal mati terbakar dalam cara yang hina , maka ketika itu baru mahu insaf sudah terlambat !!!

Mungkin salah seorang dari yang teraniaya itu mengangkat tangannya dan bermohon kepada Allah supaya kamu , kaum keluarga kamu dan pihak yang bersubahat dengan kamu serta seluruh keluarga menjadi pesakit mental yang tak dapat disembuhkan  dan menjadi penghuni hospital bahagia untuk seumur hayat kamu dan seumur hayat seluruh keluarga kamu , maka ketika itu tiada siapa pun dapat menyembuhkan kamu.

Ketika ini kamu sedang ketawa riang bersama-sama dengan rakan-rakan  subahatmu melihat hasil aniaya kamu yang sedang ditanggung oleh kawan-kawanmu , Mungkin salah seorang dari yang teraniaya itu mengangkat tangannya dan bermohon kepada Allah supaya kamu , kaum keluarga kamu dan pihak yang bersubahat dengan kamu serta seluruh keluarga menjadi pengemis yang sial sepanjang hidupmu dalam waktu yang terdekat , maka ketika itu tiada apa lagi yang boleh kamu lakukan wahai Si Polan binti Si Polan.

Dan di antara yang teraniaya itu telah menadah tangannya dan tunggulahlah sama ada Allah akan menunaikannya kepada kamu, keluarga kamu dan juga orang yang berkuasa yang bersubahat dengan kamu dan juga kaum keluarga mereka dalam masa yang terdekat atau akan dilewatkan oleh Allah – waalahualam.


…………………………………………….//…………………………………………….

 
Waspada Doa Orang Yang Teraniaya

 
KETIKA Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam hendak mengutus salah seorang sahabatnya, Mu’adz bin Jabal Radhiyallahu 'Anhu ke Yaman, beliau menitipkan beberapa pesan, di antaranya adalah, “Beritahukanlah mereka bahwa Allah mewajibkan bagi mereka zakat janganlah kamu mengambil harta-harta pilihan mereka. Dan takutlah terhadap yang diambil dari kalangan orang mampu dari mereka dan dibagikan kepada kalangan yang faqir dari mereka. Jika mereka menaati kamu dalam hal itu, maka doa orang yang terzalimi, karena antara dia dan Allah tidak ada hijab (pembatas yang menghalangi)nya." (HR. Bukhari dan Muslim).

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam mengingatkan kita akan bahaya doa orang yang teraniya,  agar kita tidak berlaku aniaya kepada orang lain, karena  doa mereka tidak terhijab dan akan dikabulkan oleh Allah Subhaanahu Wata’ala. Sekalipun mereka adalah para pelaku dosa besar, yang dibesarkan dari makanan-makanan haram. Bahkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dikatakan, walaupun orang yang teraniaya itu adalah seorang kafir.

Kezaliman telah diharamkan oleh Allah Subhaanahu Wata’ala atas seluruh umat manusia. Apa pun agamanya. Allah Subhaanahu Wata’ala tidak meridhai tindakan zalim kepada orang-orang non muslim, sebagaimana Allah tidak ridha seorang muslim dizalimi.

Allah Azza Wajalla berfirman, artinya, “Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun.” (QS. Yunus:


Posted at 09:17 pm by gravesdigger
 

Previous Page Next Page












Setitik air.............













dalam lautan.................

















Himpunan Tulisan Merapu , Jabatan Alam Maya & pelbagai bahan dan artikel yang beliau sukai.

















Pautan Rencana saya
dlm. Utusan M'sia





(1) TABUNG HAJI






(2) PIN





(3) MUHASABAH PEKERJA





(4) MAKLUM BALAS





(5) KETELUSAN





(6) PEMIMPIN





(8) WAKIL RAKYAT





(9) SAMSENG





(10) BELUT & ULAR











Pautan laman kimia

***
SPM ( kimia )>





Pautan laman sains***
Laman Sains SPM





Pautan gambar

***
Imej ( PENGGALI KUBUR)>





***
Cerita( HANTU KUBUR)>







menu=false quality=high scale=noborder salign=LT wmode=transparent
bgcolor=#000000 WIDTH=124 HEIGHT=0 TYPE="application/x-shockwave-flash"
PLUGINSPAGE="http://www.macromedia.com/shockwave/download/index.cgi?P1_Prod_Version=ShockwaveFlash">




 




          http://gravesdigger.
blogdrive.com






        ">   Midi Indonesia


  



          Berita Harian


  













border=0 width=41 alt="">
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed