Salam Sejahtera .Selamat menatap cerita-cerita merapu dari saya. Sila minggat jika anda rasakan blog ini tidak berfaedah untuk diri anda. Terima kasih....




Thursday, April 15, 2010
Kes aniaya

KES ANIAYA

 
ADA seorang kawan Haji Bakhil  yang pernah bersekolah agama hingga thanawi 4 memberitahu Labu Labi – jika diri kamu atau kaum keluarga kamu dianiaya oleh kawan-kawan ,jiran ,pihak yang berkuasa atau sesiapa juga pun, bolehlah cuba doa yang agak rock dan brutal ini.

 
"HambaMu ini telah dianiaya oleh si polan binti si polan. HambaMu pohon seluruh rezekinya / hartanya / nasib baiknya dan 7 keturunannya datang dan menjadi milikku dan seluruh benda-benda yang tidak baik / sial mengenai diriku dan keturunanku akan pergi kepada si polan binti si polan hingga 7 keturunan.”

Bagus juga doa ini. Adakah ini ajaran sesat ? Apakah akan ada si biul binti 3suku yang akan buat repot polis dan kemudian akan mencari ibu bapa Labu Labi untuk konon-kononnya menarik balik repot ( sebenarnya cuma untuk mencari makan / cari fulus cara tak bermaruah ataupun blackmail/ extortion ).

 

Silakan… si biul binti 3suku dan mana-mana pihak yang sewaktu dengannya










Posted at 07:38 pm by gravesdigger
 

Sunday, February 21, 2010
Membudayakan lawatan ke muzium

MEMBUDAYAKAN LAWATAN KE MUZIUM

 

DI NEGARA INI, terdapat lebih daripada 70 buah muzium atau institusi yang berfungsi sebagai muzium, tetapi sukar menerima kunjungan pelawat. Hampir 20 daripadanya berada di lembah kelang.

 

Muzium Seni Asia yang terdapat di dalam kampus utama Universiti Malaya sentiasa mengalu-alukan kedatangan orangramai yang mahu belajar atau mengetahui koleksi-koleksi yang terdapat di dalam muzium ini.

 

 

Kalau pembaca pernah menonton rancangan astro "History –Channel 555" , maka anda pasti biasa melihat pahlawan-pahlawan abad ke -17 memakai baju perang mereka. Pakaian yang berasal dari Turki ini juga ada dipamerkan dalam muzium ini.Ada ribuan koleksi ceramik, caping , pinggan mangkuk antik terdapat di muzium ini.

 

Perkataan  muzium berasal dari perkataan Greek, "mouseion" bermaksud untuk kegiatan meditasi, perbincangan menegnai falsafah dan penyembahan.

 

Pada abad ke -15, perkataan muzium digunakan untuk menerang,merekod dan menghuraikan Koleksi Medici semasa era Lorenzo the Magnificient.

 

Pada abad ke -16 pula,perkataan galeri mula digunakan untuk menyatakan tempat mempamerkan lukisan dan seni ukir semasa.

 

Menjelang pertengahan abad ke 20, International Council of Museum ( ICOM) mentakrifkan muzium sebagai a non-profit making, permanent institution in the service of society and of its development ,and open to public, which acquires, conserves, researches, communicates, and exhibits, for purpose of study, education and enjoyment, material evidence of people and their environment.

 

Rentetan perubahan definasi ini , memberi gambaran bahawa muzium seharusnya memiliki ciri-ciri kepelbagaian kegiatan yang bersifat membangun diri dan masyarakat.

 

Suatu masa dahulu pameran hantu pernah diadakan di Muzium Negara. Wow ! Sambutannya amat-amat meriah dan mengagumkan. Tapi itu hanyalah salah satu cara untuk menarik orang awam mengunjungi muzium.Selepas itu muzium kembali menjadi seolah-olah tanah perkuburan. Sunyi dan sepi .

 

Apakah faktor-faktor yang menolak dan menarik untuk orang ramai mengunjungi muzium ?

 

Barangkali pihak muzium boleh memberikan beberapa bentuk insentif kepada pemandu pelancung untuk mengunjungi muzium mereka seperti yang banyak dilakukan oleh restoran-restoran tertentu yang selalu dikunjungi bas-bas yang sarat dengan penumpang atau pelancung.

 

Pihak media khususnya stesyen TV , radio atau suratkhabar mesti menolong mempromosikan muzium-muzium di negara ini agar institusi yang menyediakan pelbagai himpunan ilmu ini digunakan sebaik mungkin oleh pelbagai lapisan masyarakat.

 

Muzium Seni Asia Universiti Malaya dapat memenuhi semua kehendak khalayak. Anda boleh datang ke muzium ini untuk melihat kesan sejarah secara langsung dalam bentuk artifak dan rekontrasi sejarah. Anda boleh membeli pelbagai cenderamata sebagai kenangan dan boleh berbangga mengambil gambar atau bersoal jawab dengan Encik Aziz , kurator muzium ini yang peramah dan juga seorang pensyarah sambilan ,

 

Mudah-mudahan lawatan-lawatan ke muzium akan menjadi budaya kita dan untuk yang terdekat ini pihak Muzium Seni Asia akan mengadakan acara berikut:

 



PAMERAN SENI CETAK: EKSPRESI IDEA & KREATIVITI DI MUZIUM SENI ASIA,

Sukacita dimaklumkan Muzium Seni Asia akan membuka tirai tahun 2010 dengan mengadakan  Pameran Seni Cetak: Ekspresi Idea & Kreativiti yang bakal berlangsung pada 23 Februari  2010. Berikut maklumat lanjut mengenai pameran;

        Tarikh perasmian        : 23 Februari 2010 (Selasa)
        Tarikh pameran           : 23 Februari sehingga 22 Mac 2010
        Masa                            
9:00 pagi – 5:00
petang
        Tempat                        : Muzium Seni Asia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 03-7957 1061/ 03-7967 3936/3805/5631

Masuk adalah PERCUMA

.............................................................//.................................................................

Pameran cetakan atau prin yang buat pertama kalinya dianjurkan oleh Muzium Seni Asia ini bakal dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya pada 23 Februari ini.

Ia tidak lain bertujuan mengenengahkan hasil kreativiti pengkarya tempatan dalam salah satu cabang seni ini di samping mendedahkan kepada orang ramai terutamanya peminat daripada golongan generasi muda terhadap dunia seni cetakan yang sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri.

Imbasan latar belakang seni cetak

Seni cetak merupakan proses menghasilkan karya seni dengan cara mencetak atau prin yang lazimnya dilakukan ke atas permukaan kertas. Ia terdiri daripada pelbagai jenis cetakan seperti monoprin, toreh lino, toreh kayu, saring sutera, kolograf, gurisan, akuatin, turisan dan litograf di mana masing-masing menggunakan alat dan bahan yang berbeza.

Karya cetakan boleh dilakukan sama ada secara hitam dan putih atau berwarna dan boleh dicetak berulang kali atau dihasilkan dalam banyak edisi kecuali monoprint.

Kini, dengan perkembangan teknologi semasa, prin digital dan prin alternatif telah diperkenalkan. Prin digital dihasilkan dengan menggunakan digital printer manakala bagi prin alternatif pula menggunakan sumber seperti papan lapis atau kanvas menggantikan kertas.

Bahan pameran

Ekspresi idea dan kreativiti dipilih sebagai tema pameran bagi memberi peluang kepada pengkarya menggunakan pelbagai variasi idea tersendiri dan mengaplikasikannya dengan menggunakan aneka jenis alat cetakan, bahan serta teknik dalam seni cetak.

Pameran menampilkan 80 karya yang dihasilkan oleh 21 orang pelukis atau citrawan muda yang terdiri daripada pensyarah seni dari Universiti Malaya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, serta Universiti Tunku Abdul Rahman. Ia turut disertai oleh para pelajar sarjana seni dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menariknya mengenai pameran ini, karya turut disertai oleh mantan Naib Canselor Universiti Malaya iaitu Dato’ Prof. Dr. Hashim Yaacob yang terkenal dengan minatnya yang mendalam dalam bidang sastera dan seni halus. Selain sebagai bahan pameran, karya yang dipamerkan juga turut dijual kepada mereka yang berminat pada harga yang berpatutan.

Turut diadakan semasa pameran berlangsung ialah aktiviti demonstrasi proses pencetakan oleh salah seorang artist yang terlibat.

Latarbelakang Muzium Seni Asia

Terletak di dalam kampus utama Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Merupakan sebuah organisasi berorientasikan pendidikan, di mana kesemua artifak ini dapat diakses oleh para pelajar, penyelidik mahupun orang awam untuk tujuan pembelajaran dan kajian mereka.

Ia menerapkan konsep ‘Tiga Tamadun di bawah Satu Bumbung’ iaitu dengan mengumpulkan khazanah daripada tamadun Melayu dan dunia Islam, China dan juga India. Menempatkan lebih daripada 6000 bahan artifak yang kebanyakannya terdiri daripada seni tembikar atau porselin malah Muzium Seni Asia juga merupakan pengumpul terbesar koleksi kendi (bekas simpanan air) di Malaysia.

Di samping itu, ia turut menyingkap kepelbagaian koleksi artifak yang merangkumi tekstil daripada dunia Melayu seperti songket dan kain limar, tembikar labu sayong, manuskrip, bahan logam, ukiran kayu, beraneka jenis tembikar China daripada Dinasti Tang sehingga Ming dan juga kesenian ukiran patung dari seawal zaman Sathavahana


Posted at 11:41 pm by gravesdigger
 

Sunday, October 18, 2009
SESI perjumpaan dengan Y Bhg Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon , Naib Canselor, Universiti Malaya

SESI perjumpaan staf dengan Naib Canselor telah diadakan di Dewan Kuliah F, Fakulti  Sastera & Sains Sosial pada 14hb Oktober 2009 dihadiri lebih kurang 350 orang kakitangan.

Tujuan perjumpaan diadakan adalah bagi mendengar taklimat yang disampaikan sendiri oleh Y Bhg Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon , Naib Canselor, Universiti Malaya iaitu berkaitan soal budaya kerja, soal penerimaan kakitangan terhadap adaptasi di dalam pengurusan serta sumbangan kakitangan sokongan kepada Universiti Malaya.

Dalam merangka ke arah merealisasikan Universiti Malaya menjadi terbaik diantara kelompok 100 Universiti Terbaik Dunia sasaran 5 tahun dari sekarang, perlaksanan serta perubahan ini perlu dilakukan. Diantara langkah-langkah yang ditekankan adalah seperti:

5 Nilai-Nilai Penting Untuk Kemajuan Kakitangan

- Beretika/Takut Kepada Tuhan ( Ethical/God Fearing)

- Ikutan ( Role Model)

- Ciptaan yang bernilai (Value Creator)

- Muhasabah diri ( Self-Renewal / Reflective)

- Berkobar-kobar ( Meaningful Lifestyle)

9 Faktor Kunci Kejayaan Universiti Malaya

- Penyelidikan Terkini ( Cutting Edge Research & Research Productivity)

- Mendapat Pengiktirafan ( Impact, Citationsand Recognition)

- Jaringan Hubungan Antarabangsa ( International Networking & Partnerships)

- Pasaran Graduan berkualiti ( Market _ driven & Quality gradutes)

- Berkhidmat kepada Masyarakat dan Dunia ( Service to Community & the world)

- Sokongan Luar ( Industry and External Support)

- Ciri Keusahawanan ( Intrepreneurship & Commercialization of IPs)

- Perkhidmatan sokongan yang berkesan ( Effective Administration & Support services)

- Pelajar yang cemerlang ( Recruitment of 'Bright Sparks')

Kejayaan yang ingin dicapai didalam dunia yang penuh perlumbaan ini mestilah ada kerjasama erat diantara Kakitangan Akademik dan Kakitangan Sokongan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

http://juruteknologis-makmal.um.edu.my


Sumber : Salin & Tampal dari UMMAIL


Posted at 09:26 pm by gravesdigger
 

Friday, January 23, 2009
Tahu persamaan / perbezaan bunga mawar ( ros ) dan bunga orkid ( anggerik )...ehem !

 

 

Gambar hiasan :

gambar di atas nampak serupa tapi sebenarnya berbeza !Nedstat Basic - Free web site statistics

 


Persamaan dan perbezaan

 

MAT Rempit bin Mat Gian , Mat Serenti bin Mat Gian , Mat Lentok bin Mat Gian mempunyai unsur-unsur persamaan kerana mereka adalah anak lelaki kepada Mat Gian. Mungkin juga perangai , paras rupa mereka juga mungkin banyak persamaan. Kalau ujian DNA dibuat terhadap ketiga-tiga anak Mat Gian tersebut , pastilah ada persamaan dan memang sahlah ketiga-tiga mereka anak lelaki kepada Mat Gian dan pasangannya Minah GRO.

Kalau salah seorang anak Mat Gian tersebut terlibat dalam kes pecah rumah dan ada kesan cap jari, maka cap jari mereka tidak serupa, malahan berbeza. Mungkin setelah dibandingkan , maka diketahuilah salah seorang anak Mat Gian dan pasangannya Minah GRO yang bernama Mat Serenti adalah seorang suspek kes pecah rumah, sementara Mat Rempit dan Mat Lentok tidak boleh disabitkan sama sekali berdasarkan bukti cap jari.

Dalam dunia ini memang banyak perbezaan, misalnya fulus. Wang Malaya lebih nilainya dari duit Indonesia. Jika seorang warga Indonesia berjaya mengumpul sebanyak RM 100,000 dan kembali ke negaranya bermakna beliau sudah jadi orang kaya baru. Tapi jika seorang warga Malaya yang bekerja di Indonesia membawa pulang seratus ribu rupiah , maka beliau hanya menjadi bahan ketawa ala-ala Pak Pandir.

Persamaan dan perbezaan adalah rahmat. Ada berjuta-juta perbezaan dan persamaan di dunia ini.

Penggali Kubur – tahu persamaan / perbezaan bunga mawar ( ros ) dan bunga orkid ( anggerik ).

 


Posted at 01:56 am by gravesdigger
 

Wednesday, January 21, 2009
"Pink-Kolor"

 

KETIKA ini PK sedang menyanyikan lagu Que Sera Sera, what will be will be. Pada waktu yang sama sedang memantapkan lagu karaoke berikut untuk diperdengarkan kepada Labu , Labi , Haji Bakhil dan yang sewaktu dengannya mungkin dalam satu majlis Hi-Tea ala-ala felem Hindustan , Bila nak nyanyi ye ?I don't know , I'm not involved , hehehe

 

Semua hadirin kena pakai pakaian " Pink –Kolor " maaa…Kalau rasa tak boleh bawa eloklah wakilkan kepada Faizal Tahir. Boleh kut Faizal ? Kalau tak boleh saya cakap dengan Dr Tahir buat favour untuk saya. Eleh…hang nak nyanyi tu pun depan orang Ganu kite juga…!

  


Selamat tinggal bunga ku
Aku bermohon pergi dahulu
Terima kasih seruan ku
Jasa mu untuk diri ku


Ke timur atau ke utara
Tak tentu dimana nak tujukan
Setitik airmata
Dititiskan dibuang jangan

Sekiranya aku masih
Berada nun jauh di balik awan
Salam yang bahagia
Khabar yang gembira ku kirimkan

Inikah akhir bertemu
Bila nian kan berjumpa lagi
Ingatlah pesanan ku
Jaga baik diri mu sendiri



Duhai jelita hati ku
Janganlah kau bersedih
Maafkanlah
Maafkanlah

(2)
Usah kau sedih dan pilu
Lupakan yang telah berlalu
Maafkanlah
Maafkanlah

Korus:
Dengar oh kasih ku
Pesanan akhir dari ku
Bena saja hidup baru
Bersama pilihan mu


Kehadiranmu disisiku
Memberikan harapan
Dikaulah sinar
Dikaulah bintang hati

Kelembutan hatimu kasih
Mendamaikan jiwaku
Aku bahagia
Dengan cintamu mesra


T

Que Sera Sera selepas lagu ini disampaikan kelak dengan segala hormatnya PK ingin pergi kepada lagu nasyid pula hehe...

                   http://gravesdigger.blogdrive.com


Posted at 05:15 pm by gravesdigger
 

Monday, January 19, 2009
Jabir Ibn Haiyan ( Geber )

I know through my hands… ( to experiment )

Then my brain…( to rationalize )

I investigate until correct…( to repeat )

And I search for its mistake…( to analyze error )

 

Aku  ketahui dengan tanganku

Kemudian dengan akalku

Aku selidiki sampai betul

Dan aku cari kesilapannya

 

Jabir Ibn Haiyan ( Geber )

 (721 – 803 AD )


Posted at 12:13 am by gravesdigger
 

Tuesday, January 13, 2009
Logo sahabat

SEKARANG PK dah tak pandai hendak menulis panjang-panjang lagi. Sedikit coretan dan disertai dengan logo seperti di bawah sebagai menghargai seorang yang baik , peramah dan PK anggap sahabat. Maaf lambat respons sebab baru hari ini ada kesempatan jenguk blog .Terima kasih Erisya.

Sila ke          http://erisya-celahkehidupan.blogspot.com


Posted at 02:14 am by gravesdigger
 

Wednesday, January 07, 2009
Apa itu kawan?

Penggali Kubur terima sepucuk e-mel dari seorang kenalan. E-mel beliau adalah seperti di bawah ini.

Apa itu kawan?

1)         kawan itu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar,dah dapat sepak..

2)         kawan itu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok, lepas gitu-gitu pijak.

3)         kawan itu bukan macam main  RAGBI. Mula-mula tangkap, dah dapat tendang.

4)         kawan itu bukan macam  PAMPERS. Dah pakai, buang.

5)         kawan itu bukan macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah pokai  gadai.

6)         kawan itu bukan macam PELANGI. Hari cerah tiada kat awan,hujan gerimis baru muncul.

7)         kawan itu bukan macam KERETA. Rosak sikit,jual. Tukar  kereta baru..

8)         kawan itu bukan macam  CHIPSMORE. Sekejap ada sekejap tak ada.

9)         kawan itu bukan macam mesin ATM. Bila dah tiada fulus, pergi kat sana cucuk.

Brengsek betul! E-mel ini macam perli PK. Tak mengapa. PK sentiasa anggap kawan adalah kawan tapi kadang-kadang sebab status kawan sudah berubah misalnya dari Anak Dara Orang dan sekarang dah jadi mak janda  Mak Orang  takkan nak berkawan lagi kut. Nanti kena lesing dengan Haji Bakhil baru tau rabu dengan khamis , hehehe…

Eh ,eh , ingat Labu dan Labu lekeh sangat ke ? Labu Labi walaupun cuma lulusan darjah 6 , sekolah atap rumbia pun tau mana Perak dan kat mana Selangor. Pendek kata mereka tau batas dan sempadan laa.

Labu Labi walaupun cuma produk sekolah cap ayam masih dapat membezakan di antara anak Haji Bakhil , isteri-isteri Haji Bakhil dan janda-janda Haji Bakhil , he…he…he…Kalau anak dara Haji Bakhil bolehlah “wink”. Kalau janda Haji Bakhil bolehlah nak cuba nasib. Kalau bini Haji Bakhil ,hehehe” jangan cari fasal nak berkawan- yaaaa ampuunnnnnn”.


Posted at 02:57 am by gravesdigger
 

Friday, December 19, 2008
Dahulu ATMA , sekarang UPNM.

 Bicara Canseleri: Kapasiti universiti

NAIB Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Zulkifli Zainal Abidin mengemukakan pandangan mengenai pembangunan kapasiti universiti kepada wartawan pendidikan, Rosniza Mohd Taha

SISTEM pengajian tinggi negara perlu menyediakan akses yang luas kepada pelajar yang layak mengikuti pengajian di universiti bagi menyempurnakan misi penjanaan modal insan minda kelas pertama.

Selain 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA), kewujudan 32 universiti swasta dan kolej universiti, empat cawangan kampus universiti antarabangsa, 21 politeknik, 37 kolej komuniti awam dan 485 kolej swasta pada masa ini berperanan memastikan pelajar berkelayakan tidak dinafikan peluang mereka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Pembangunan keupayaan fizikal saja tidak memadai bagi memastikan akses pengajian tinggi, sebaliknya IPT juga perlu memastikan sejauh mana kapasiti program ditawarkan dapat memenuhi keperluan tenaga kerja semasa serta bidang baru yang berpotensi dibangunkan untuk pertumbuhan ekonomi negara.

Aspek pembiayaan pengajian juga faktor penting perlu dititikberatkan bagi memudahkan akses kepada pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pendidikan peringkat tinggi.

UPNM yang sebelum ini dikenali sebagai Akademi Tentera Malaysia (Atma) ditubuhkan melalui pewartaan status Universiti pada 10 November 2006, sekali gus menjadikan ia IPTA termuda di negara ini.

Berbekal pengalaman 11 tahun mengendalikan program Sarjana menerusi kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia, UPNM yang baru menjangkau umur dua tahun kini berada dalam kelasnya tersendiri menerusi pembangunan kapasiti dan akses dengan mengambil kira ketiga-tiga aspek berkenaan iaitu pembangunan fizikal, perluasan skop pengajian dan pembiayaan pengajian.

Bagi mencapai kapasiti penuh 5,000 pelajar berbanding lebih 2,000 ketika ini, usaha menambah baik dan melengkapi kampus dengan kemudahan bertaraf universiti sedang rancak dijalankan termasuk dengan memohon peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10 bagi membina penginapan pelajar, pusat kecemerlangan, makmal serta peralatan moden tentera.

Sebagai salah satu daripada 12 IPTA dikategorikan sebagai universiti berfokus, UPNM menumpukan kepada penawaran program yang dapat melahirkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara menerusi tiga fakulti iaitu Kejuruteraan, Sains dan Teknologi pertahanan serta Pengajian dan Pengurusan Pertahanan selain Pusat Asasi Pertahanan.

Mulai 2010 iaitu apabila UPNM tidak lagi mewarisi pelajar Atma dan mula menerima pelajar sendiri, universiti bercadang menubuhkan dua fakulti baru iaitu Perubatan Ketenteraan dan Penerbangan Sains Angkasa.

Namun, cadangan ini baru diperakui di peringkat Lembaga Pengarah Universiti dan akan dikemukakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi selewat-lewatnya akhir bulan ini untuk kelulusan.

Rasional cadangan UPNM menubuhkan dua fakulti baru ini adalah memastikan keunikan dan skop program pengajian yang luas ditawarkan serta lebih menjimatkan jika universiti menawarkannya berbanding amalan sekarang menghantar pelajar ke luar negara termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom bagi kedua-dua program itu yang tidak ditawarkan di IPT lain dalam negara.

Dari segi pembiayaan pelajar pula, 80 peratus penuntut kami adalah pelajar tentera yang juga pemegang biasiswa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan wajib berkhidmat dalam pasukan pertahanan negara sebagai pegawai berpangkat kapten, leftenan atau setarafnya sekurang-kurangnya 10 tahun selepas tamat pengajian.

Manakala, 20 peratus lagi pelajar awam yang dibenarkan memohon biasiswa atau pinjaman daripada agensi termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Jabatan Perkhidmatan Awam, Tabung Amanah Pendidikan Negeri, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Majlis Agama Negeri, Kementerian Belia dan Sukan dan Yayasan Tenaga Nasional.

Walaupun pengajian akademik sama, latihan ketenteraan dijalani mereka berbeza kerana pelajar awam hanya perlu menjalani latihan Palapes seperti diadakan di IPTA lain.

Oleh kerana skop pengajian kami luas, pelajar awam yang tidak diwajibkan berkhidmat dengan ATM boleh berkhidmat di jabatan kerajaan atau industri berdasarkan kepakaran dalam bidang seperti teknologi pertahanan, keselamatan serta ekonomi dan diplomasi atau berkhidmat dengan pasukan simpanan ATM jika mereka berminat.

Yang penting latihan ketenteraan dijalani antara faktor menjadikan graduan UPNM unik dan berciri modal insan kelas pertama kerana kepimpinan dan disiplin tinggi serta berketerampilan.

Justeru, tidak hairan permohonan kemasukan ke UPNM sentiasa jauh melebihi tempat ditawarkan sebagaimana 25,000 permohonan diterima berbanding hanya 500 tempat disediakan pada tahun ini.

Sumber: Berita Harian online 16 / 12 / 2008

 


Posted at 01:55 am by gravesdigger
 

Friday, December 12, 2008
Cinta bagai belon ,tiba-tiba meletup...

CINTA kepada berlainan jantina atau sesama jantina adalah sesuatu yang unik, gila-gila, lucu, tragik dan jijik, juga tak masuk akal kadang kadang dan  juga pengidapnya boleh jadi juling otak ,mata , tidak waras tindakan , tingkah laku yang pelik dan aneh dan pelbagai lagi yang tiada kata untuk diungkapkan.

 

 

CINTA

 

Cinta bagai belon

getah lembik tiada apa apa

 

Cinta bagai belon

kasi angin ditiup-tiup

membesar dan segar

dihias cantik dan melayang-layang

 

Cinta bagai belon

tiba-tiba meletup

hancur dan berkecai

 

Cinta bagai belon

sampai waktunya

bocor dan uzur

kempis sendiri !!!!

 

Oleh Penggali Kubur


Posted at 01:21 am by gravesdigger
 

Previous Page Next Page












Setitik air.............













dalam lautan.................

















Himpunan Tulisan Merapu , Jabatan Alam Maya & pelbagai bahan dan artikel yang beliau sukai.

















Pautan Rencana saya
dlm. Utusan M'sia





(1) TABUNG HAJI






(2) PIN





(3) MUHASABAH PEKERJA





(4) MAKLUM BALAS





(5) KETELUSAN





(6) PEMIMPIN





(8) WAKIL RAKYAT





(9) SAMSENG





(10) BELUT & ULAR











Pautan laman kimia

***
SPM ( kimia )>





Pautan laman sains***
Laman Sains SPM





Pautan gambar

***
Imej ( PENGGALI KUBUR)>





***
Cerita( HANTU KUBUR)>







menu=false quality=high scale=noborder salign=LT wmode=transparent
bgcolor=#000000 WIDTH=124 HEIGHT=0 TYPE="application/x-shockwave-flash"
PLUGINSPAGE="http://www.macromedia.com/shockwave/download/index.cgi?P1_Prod_Version=ShockwaveFlash">




 




          http://gravesdigger.
blogdrive.com






        ">   Midi Indonesia


  



          Berita Harian


  













border=0 width=41 alt="">
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed