Entry: IPU 300 ke atas berbahaya !!!! Wednesday, August 03, 2005



Apa itu Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU adalah satu sistem yang dibangunkan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai tahap kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan dengan cara yang termudah.

Ia juga adalah satu sistem kepekatan pencemar yang diukur dan ditukarkan kepada suatu nombor pada skala antara 0 hingga 500. Oleh itu, IPU dikategorikan kepada lima tahap iaitu baik, sederhana, tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya.

Julat IPU bagi kelima-lima tahan ini adalah seperti berikut:

SKALA IPU

KUALITI UDARA

dari 0-50

Baik

dari 51-99

Sederhana

dari 100-199

Tidak sihat

dari 200-299

Sangat tidak sihat

300 ke atas

Berbahaya

Bagaimana IPU dikira?

Terdapat lima jenis pencemaran yang diukur dalam menentukan IPU iaitu:

* Karbon monoksida (CO)

* Sulfur dioksida (SO2)

* Nitrus oksida (NO2)

* Ozone (O3)

* Habuk terampai 10 mikron ke bawah (PM10)

Setiap pencemar ini mempunyai indeksnya tersendiri yang juga dikenali sebagai subindeks.

Apakah alat yang digunakan untuk mengukur pencemaran udara?

Kepekatan kelima-lima pencemar ini diukur secara terus menerus setiap hari dengan menggunakan alat-alat penyukat yang saintifik dan jitu.

Kaedah-kaedah yang digunakan adalah kaedah yang diiktiraf oleh ahli-ahli sains

 sedunia.

Alat penyukat ini ditempatkan di dalam stesen-stesen udara yang dibina di seluruh negara iaitu sebanyak 50 stesen.

Definisi pembakaran terbuka

Pembakaran terbuka ialah pembakaran yang dibuat di luar atau proses penghasilan asap daripada pembakaran yang kemudiannya dilepaskan ke udara sekeliling secara terus tanpa melalui cerobong asap.

Sumber : ESTIDOTMY

   3 comments

bubble
July 10, 2010   09:27 PM PDT
 
kenapa x masukkan sekali kepentingan dan kegunaan IPU???
kenapa x masukkan mklumat ni ke dalam wikipedia?? tahukah tuan bahawa kami pelajar tingkatan 5 amat memerlukan info seperti ini untuk menyiapkan kerja kursus kami??

cococatalyst@y.c
buzz
February 23, 2010   01:30 AM PST
 
bagus..
bagaimana hendak mengatasi masalah
pencemaran.kerana pencemaran udara
di Malaysia agak teruk..
green
May 9, 2006   02:41 AM PDT
 
Very good article

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments